Keindahan nyanyian rakyat Rungus di Matunggong,Kudat,Sabah

Azlan Shafie Abdullah @ Raymon Majumah (2010) Keindahan nyanyian rakyat Rungus di Matunggong,Kudat,Sabah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]
Preview
Text
mt0000000377.pdf

Download (10MB) | Preview

Abstract

Kajian ini merupakan kajian sastera rakyat di Sabah dengan tumpuan diberikan kepada keindahan sastera tradisional genre nyanyian, iaitu nyanyian rakyat Rungus. Kajian ini memberikan penekanan terhadap lirik lagu-lagu tradisonal tersebut. Antara elemen genre nanyian yang akan diberi perhatian ialah binaan rangkap, penggunaan bahasa dan peranannya. Elemen-elemen lain yang penting dalam nyanyian rakyat Rungus ialah elemen atau unsur 'padanan semakna' yang hampir sama fungsinya dengan pembayang atau sampiran pantun Melayu. Kajian ini mengkaji dan meneliti sampel-sampel lagu-lagu tradisional atau nyanyian rakyat yang terpilih dengan memberikan kategori tertentu, menunjukkan dengan jelas kedudukan unsur 'padanan semakna' tersebut dan dalam masa yang sama membuat analisis keindahan setiap sampel yang ditemui. Seterusnya, kajian ini akan membuktikan bahawa nyanyian rakyat Rungus mempunyai unsur keindahan yang amat tinggi mutu seninya dan dalam masa yang sama, cuba menemukan bukti dakwaan G.N. Appell, bahawa telah terbangun ke tahap yang tinggi dan luar biasa keindahannya sastera tradisional di Sabah, setaraf dengan mana-mana sastera agung dunia. Unsur keindahan nyanyian rakyat Rungus pada tahap tertinggi dengan mutu seni yang agung dan amat halus pengucapannya dapat diperhatikan melalui bentuk, bahasa, melodi, amalan dan peranan nyanyian rakyat Rungus. Kelima-lima fakta ini dapat menyimpulkan bahawa nyanyian rakyat Rungus amat indah.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Rungus, Traditional song, same meaning partner
Subjects: M Music and Books on Music > M Music
Department: SCHOOL > School of Arts Studies
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 11 Jun 2014 14:59
Last Modified: 30 Oct 2017 09:51
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/9193

Actions (login required)

View Item View Item