Pengajaran dan pembelajaran ekonomi STPM menggunakan perisian edutainment interaktif

Mohd. Nazri Abdul Rahman (2006) Pengajaran dan pembelajaran ekonomi STPM menggunakan perisian edutainment interaktif. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]
Preview
Text
mt0000000418.pdf

Download (11MB) | Preview

Abstract

Teknologi multimedia merupakan satu paradigma baru dalam pengajaran dan pembelajaran. Suasana pembelajaran menjadi lebih menarik kerana adanya gabungan elemen-elemen multimedia seperti teks, grafik, audio dan animasi serta elemen interaktif yang membolehkan pelajar berkomunikasi secara dua hal a dengan perisian. Permainan Interaktif yang berunsurkan pendidikan merupakan satu blok pengetahuan serta asas memori dalam pembelajaran. Melihat kepada kepentingan keduadua elemen ini maka sebuah perisian kursus permainan interaktif dibangunkan oleh pihak Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia demi untuk memantapkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran guru di dalam bilik darjah. Ini kerana perisian kursus permainan interaktif mampu menarik minat murid-murid untuk belajar sambil berhibur. Rekabentuk kajian yang dilaksanakan ialah rekabentuk kajian eksperimen. Ia menggunakan teori pembelajaran yang disarankan oleh Jean Piaget iaitu teori konstruktivisme kognitif. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa rekabentuk interaktif yang terdapat di dalam perisian mencapai nilai min yang paling tinggi sebanyak 3.51. Ini menunjukkan melalui perisian ini murid-murid dapat memahami dan mengingati setiap topik dengan lebih baik dan berkesan melalui permainan interaktif. Dapatan kajian menolak hipotesis yang mengandaikan tidak terdapat perbezaan yang signifikan pada aras keertian p<0.05 terhadap murid dalam skor Post Test antara kumpulan eksperimen dengan kumpulan kawalan. Kesimpulannya pengajaran dan pembelajaran ekonomi STPM menggunakan perisian edutainment interaktif menunjukkan prestasi pencapaian murid adalah yang lebih baik dalam topik imbangan perdagangan berbanding dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran secara tradisional.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: multimedia technology, teaching and learning, economic STPM, interactive edutainment, multimedia
Subjects: ?? LB1603 ??
Department: SCHOOL > School of Education and Social Development
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 07 Jul 2014 12:21
Last Modified: 30 Oct 2017 10:04
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/9282

Actions (login required)

View Item View Item