Geologi am dan geologi struktur kawasan Silam, Lahad Datu

Marianny Ismail (2007) Geologi am dan geologi struktur kawasan Silam, Lahad Datu. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000257.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kawasan kajian terletak di Silam, Lahad Datu yang dilingkungi oleh garis latitud di antara 04°52'U hingga 05°00'U dan longitud 118°15 'T hingga 118°05 'T. Lokasi kajian meliputi kawasan tanah tinggi dan tanah rendah dan beriklim tropika serta menerima cuaca panas dan lembab sepanjang tahun. Formasi geologi kawasan kajian terdiri daripada Jujukan Kompleks Ofiolit yang berusia Kapur-Trias dan Endapan Aluvium yang berusia Kuaternari. Jujukan Kompleks Ofiolit di kawasan kajian terdiri daripada empat kumpulan batuan iaitu kumpulan batuan cert-spilit, kumpulan batuan mafik, kumpulan batuan ultramafik dan kumpulan batuan dasar berhablur. Litologi Jujukan Kompleks Ofiolit terdiri daripada serpentinit, basalt, skis, amfibolit dan metagabro. Manakala Endapan Aluvium terdiri daripada aluvium. Hasil daripada analisis geologi struktur kawasan kajian seperti analisis lineamen positif, lineamen negatif, perlipatan, sesar dan kekar didapati arah canggaan utama di kawasan Silam adalah bertren Baratdaya-Timurlaut.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: General geology, Silam, Lahad Datu, Sabah
Subjects: Q Science > QE Geology > QE1-996.5 Geology > QE1-350.62 General Including geographical divisions
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 23 Nov 2011 07:52
Last Modified: 12 Oct 2017 15:47
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/933

Actions (login required)

View Item View Item