Hubungan amalan strategi P&P guru dengan motivasi murid dalam Skim Baucar Tuisyen (SBT) di sekolah-sekolah rendah daerah Kota Marudu, Sabah

Khairuddin Jamal @ Jasley Jamari (2006) Hubungan amalan strategi P&P guru dengan motivasi murid dalam Skim Baucar Tuisyen (SBT) di sekolah-sekolah rendah daerah Kota Marudu, Sabah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]
Preview
Text
mt0000000430.pdf

Download (12MB) | Preview

Abstract

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti hubungan amalan strategi pengajaran dan pembelajaran guru dengan motivasi murid dalam SBT di sekolah-sekolah rendah daerah Kota Marudu, Sabah. Perkara yang dikenal pasti ialah perbezaan tahap motivasi murid berdasarkan jantina, perbezaan tahap motivasi berdasarkan pilihan murid terhadap mata pelajaran SBT paling lemah dan perbezaan tahap motivasi berdasarkan bantuan lain yang diterima selain SBT. Sampel kajian ialah seramai 256 orang, iaitu 200 orang adalah murid SBT, terdiri dari 108 lelaki dan 98 perempuan, manakala 56 orang lagi adalah guru tuisyen SBT iaitu 28 lelaki dan 28 wanita. Data telah dikumpulkan dengan menggunakan instrumen soal selidik dan analisis data telah dijalankan dengan menggunakan perisian SPSS for windows versi 11.5. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pengetahuan sedia ada guru dalam amalan kaedah pengajaran dan pembelajaran berada pada tahap Sederhana iaitu 75.00%; amalan pengurusan SBT, tahap Tinggi iaitu 71.43%; amalan strategi P&P guru SST, pada tahap Sederhana iaitu 51.79%; dan tahap persepsi guru terhadap SBT, pada tahap Sederhana iaitu 71.42%. Kajian menggunakan ujian-t mendapati bahawa terdapat perbezaan tahap motivasi diri yang signifikan di kalangan murid terhadap tuisyen berdasarkan jantina (F=.72 yang signifikan pada aras signifikan 0.40 iaitu >0.05. Nilai t=-2.31 pada aras signifikan 0.02 iaitu <0.05). Kajian menggunakan ANOVA Sehala mendapati bahawa terdapat perbezaan min motivasi diri secara signifikan (F=2.70, p<0.05, iaitu 0.03) terhadap kumpulan mata pelajaran SST paling lemah, tetapi di antara pasangan mata pelajaran paling lemah tidak ada yang mempunyai min yang signifikan. Kajian menggunakan ANOVA Sehala kedua mendapati bahawa terdapat perbezaan min motivasi diri secara signifikan (F=2.70, p<0.05, iaitu 0.02) terhadap kumpulan yang menerima bantuan selain SBT yang berbeza, serta pasangan (SPBT dan KWAMP dengan SPBT, RMT dan KWAMP) mempunyai perbezaan min yang signifikan memandangkan nilai signifikannya ialah 0.04, iaitu <0.05. Kajian ini keseluruhannya menunjukkan bahawa tahap amalan strategi pengajaran dan pembelajaran guru telah menunjukkan hubungan negatif (r=-.54**, signifikan pada aras 0.008 iaitu p<0.01) dengan motivasi diri murid SBT. Dapatan kajian menunjukkan aspek amalan strategi pengajaran guru SBT adalah elemen yang penting dalam pelaksanaan kelas tuisyen Skim Baucar Tuisyen dan perlu disesuaikan kepada tahap dan keperluan murid. Cadangan dan kajian lanjutan juga dinyatakan dalam kajian ini.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: teaching and learning, strategy practice, SBT, primary school, student's motivation
Subjects: ?? LB1501 ??
Department: SCHOOL > School of Education and Social Development
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 16 Jul 2014 09:41
Last Modified: 30 Oct 2017 10:23
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/9371

Actions (login required)

View Item View Item