Kajian tentang hubungan antara kefahaman patriotisme dengan persepsi amalan patriotisme di sekolah-sekolah menengah di daerah Kota Marudu, Sabah

Rosin Pinggaton @ Panggaton (2006) Kajian tentang hubungan antara kefahaman patriotisme dengan persepsi amalan patriotisme di sekolah-sekolah menengah di daerah Kota Marudu, Sabah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]
Preview
Text
mt0000000439.pdf

Download (12MB) | Preview

Abstract

Tujuan kajian ini ialah untuk meninjau patriotisme pelajar-pelajar tingkatan 4 di daerah Kota Marudu, Sabah. Kajian ini telah meninjau tahap kefahaman patriotisme dan tahap persepsi amalan patriotisme pelajar, meninjau perbezaan tahap kefahaman patriotisme dan tahap amalan patriotisme pelajar berdasarkan jantina, membandingkan tahap kefahaman patriotisme dan tahap amalan patriotisme berdasarkan jenis pekerjaan ibu bapa pelajar, mengenal pasti hubungan antara amalan patriotisme pelajar dengan lima unsur patriotisme yang mempengaruhi amalan patriotisme dan mengenat pasti unsur patriotisme yang paling mempengaruhi persepsi amalan patriotisme. Seramai 163 pelajar tingkatan 4 di lima buah sekolah menengah di daerah Kota Marudu, Sabah dijadikan sampel kajian ini. Kajian ini telah menggunakan kaedah deskrlptif dan inferens. Data diperoleh dengan menggunakan soalan ujian bagi mendapatkan maklumat tahap kefahaman patriotisme dan borang soal selidik untuk mendapatkan data tahap persepsi amalan patriotisme. Semua data telah dianalisis dengan menggunakan perisian komputer, SPSS for Windows Version 11.0. Analisis statistik deskriptif, ujian-t, Analisis Varian Sehala (ANOVA), anal isis korelasi Pearson "r' dan analisis regresi berganda telah digunakan. Keputusan kajian menunjukkan bahawa; (1) Pelajar-pelajar tingkatan 4 di daerah Kota Marudu mempunyai tahap kefahaman dan tahap amaaln patrlotisme yang tinggi. Purata min bagi tahap kefahaman patriotisme ialah 3.709 dan amalan patriotisme 3.486. (2) Terdapat perbezaan kefahaman patriotisme dan persepsi amalan patriotisme berdasarkan jantina. Perbezaan tahap kefahaman signifikan pada p 0.008 < 0.05 manakala perbezaan tahap amalan patriotisme signifikan pada aras p 0.045 < 0.05. (3) Terdapat perbezaan kefahaman patriotisme pelajar berdasarkan jenis pekerjaan ibu bapa mereka. (4) Terdapat hubungan positif dengan kaitan rendah dan sederhana kuat antara tahap amalan patriotisme dengan tahap kefahaman lima unsur patriotisme dan. (5) Unsur yang paling mempengaruhi amalan patriotisme adalah Bersemangat Kekitaan.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: level of patriotism, student, perception, practice, spirit of togetherness
Subjects: ?? LB1603 ??
Department: SCHOOL > School of Education and Social Development
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 23 Jul 2014 14:42
Last Modified: 30 Oct 2017 10:26
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/9391

Actions (login required)

View Item View Item