Strategi dan alternatif jurulatih tempatan dalam menghadapi cabaran permainan bola keranjang bawah 18 tahun di Sabah

Yaw, Teck Hing and Pathmanathan K. Suppiah and Hasnol Noordin (2020) Strategi dan alternatif jurulatih tempatan dalam menghadapi cabaran permainan bola keranjang bawah 18 tahun di Sabah.

[img] Text
Strategi dan alternatif jurulatih tempatan dalam menghadapi cabaran permainan bola keranjang bawah 18 tahun di Sabah.pdf

Download (38kB)
[img] Text
Strategi dan alternatif jurulatih tempatan dalam menghadapi cabaran permainan bola keranjang bawah 18 tahun di Sabah1.pdf
Restricted to Registered users only

Download (108kB)

Abstract

Permainan bola keranjang merupakan permainan yang masih agak baru di Sabah, justeru pelbagai cabaran dan halangan dihadapi oleh jurulatih tempatan untuk memperkasakan permainan bola keranjang. Namun demikian, para jurulatih tempatan berusaha mencari jalan penyelesaian dengan menemukan strategi dan alternatif bagi memastikan permainan bola keranjang dapat diteruskan dengan jayanya. Sehubungan dengan itu, tujuan kajian ini dijalankan untuk mengkaji strategi dan alternatif jurulatih tempatan dalam menghadapi cabaran permainan bola keranjang di Sabah. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah kajian kualitatif dengan menggunakan 5 orang peserta kajian iaitu jurulatih yang dipilih daripada beberapa daerah di Sabah. Kaedah kajian menggunakan temu bual, pemerhatian manakala proses analisis data dilakukan dengan menggunakan kaedah triangulasi. Hasil dapatan kajian mendapati jurulatih bola keranjang di Sabah telah menggunakan beberapa strategi dan alternatif untuk mengatasi cabaran dalam permainan bola keranjang untuk pemain bawah umur 18 tahun. Antara strategi yang dilakukan adalah dalam dua kategori pertama secara teori, dan yang kedua secara praktikal. Strategi secara teori meliputi aspek pengetahuan permainan bola keranjang secara berkesan, aspek-aspek psikologi manakala secara praktikal lebih menumpukan berkenaan kecekapan dalam permainan, ketahanan fizikal, fokus dalam permainan. Hasil dapatan kajian ini akan memberikan implikasi yang besar dalam memartabatkan bidang kejurulatihan bola keranjang dan memperkasakan permainan bola keranjang di Sabah secara lebih sistematik dan berkesan.

Item Type: Proceedings
Keyword: Strategi, Alternatif, Jurulatih, Tempatan, Bola Keranjang
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GV Recreation Leisure > GV557-1198.995 Sports
L Education > L Education (General)
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 22 Jun 2021 09:36
Last Modified: 22 Jun 2021 09:36
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/9405

Actions (login required)

View Item View Item