Hubungan antara indeks jisim badan, kecergasan fizikal dan pencapaian akademik dalam kalangan pelajar, elektif Sains Sukan

Tan, Peng Jeng (2006) Hubungan antara indeks jisim badan, kecergasan fizikal dan pencapaian akademik dalam kalangan pelajar, elektif Sains Sukan. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]
Preview
Text
mt0000000454.pdf

Download (10MB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menentukan hubungan antara indeks jisim badan (UB), kecergasan fizikal dan pencapaian akademik dalam kalangan pelajar elektif Sains Sukan. Seramai 44 pelajar lelaki dan 47 pelajar perempuan, dalam kalangan pelajar yang menduduki mata pelajaran elektif Sains Sukan Tingkatan Empat dari tiga buah sekolah menengah daerah Kota Kinabalu terlibat dalam kajian ini. DB dikira daripada ukuran ketinggian dan berat badan pelajar. Ujian Bleep digunakan untuk mengukur kecergasan fizikal. Pencapaian akademik diukur melalui keputusan ujian pencapaian Sains Sukan. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan kaedah statistik deskriptif dan statistik inferensi. Analisis korelasi Spearman's rho digunakan untuk menentukan hubungan antara pemboleh ubah-pemboleh ubah yang dikaji. Hasil kajian menunjukkan majoriti pelajar lelaki dan pelajar perempuan elektif Sains Sukan mempunyai skor UB yang mencapai julat sihat berpandukan piawai Fitnessgram. Sebaliknya, didapati pula majoriti pelajar lelaki dan pelajar perempuan elektif Sains Sukan gagal mencapai tahap kecergasan fizikal dalam julat sihat. Kebanyakan pelajar lelaki dan pelajar perempuan elektif Sains Sukan didapati memperolehi pencapaian akademik dalam julat lui us. Hasil kajian juga menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara UB dan kecergasan fizikal, UB dan pencapaian akademik, kecergasan fizikal dan pencapaian akademik dalam kalangan pelajar lelaki elektif Sains Sukan. Begitu juga didapati tidak terdapat hubungan yang signifikan antara UB dan kecergasan fizikal, UB dan pencapaian akademik, kecergasan fizikal dan pencapaian akademik dalam kalangan pel ajar perempuan elektif Sains Sukan. Bagaimanapun, kajian ini mendapati wujudnya hubungan negatif yang lemah (rs=-0.21 , p<0.05) antara indeks jisim badan dan kecergasan fizikal dalam kalangan pelajar elektif Sains Sukan secara keseluruhan. Kesimpulannya, dapatan kajian ini menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara indeks jisim badan, kecergasan fizikal dan pencapaian akademik dalam kalangan pelajar lelaki dan pelajar perempuan elektif Sains Sukan

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: body mass index (BMI), physical fitness, academic achievement, Sport Science elective
Subjects: ?? LB2300 ??
Department: SCHOOL > School of Education and Social Development
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 11 Aug 2014 14:18
Last Modified: 30 Oct 2017 11:21
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/9444

Actions (login required)

View Item View Item