Kajian kuantitatif biodiversiti flora pokok di Pulau Bohay Dulang, Semporna, Sabah

Ismail Sapie (2010) Kajian kuantitatif biodiversiti flora pokok di Pulau Bohay Dulang, Semporna, Sabah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (1MB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (10MB)

Abstract

Satu kajian flora pokok telah dijalankan di Pulau Bohay Dulang, Semporna (Taman Marin Tun Sakaran). Kajian kuantitatif flora di kawasan kepulauan Semporna belum pernah dijalankan. Kajian oleh pihak yang lain pada tahun 1998 hanya memfokus kepada senarai spesis yang terdapat di beberapa pulau di Semporna sahaja. Reka bentuk kajian di pulau ini menggunakan kaedah 'stratified random sampling. Di setiap subplot hutan campur tepi pantai (HC) dan hutan sekunder tepi pantai (HS), kaedah 'simple random sampling digunakan untuk mengakses diversiti flora pokok. Sejumlah 20 plot (10m x 10m) di HC dan HS disampel yang merangkumi keluasan keseluruhan 0.20 ha. Ukurlilit pokok yang bersaiz 15 cm ke atas pada aras dada (GBH≥15 cm) sahaja yang diambil kira. Data yang direkodkan ialah GBH, frekuensi, spesis dan nilai pH tanah. Contoh spesimen setiap individu spesis diambil untuk identifikasi lanjutan di herbarium. Analisis diversiti flora dijalankan menggunakan Nombor diversiti Hill (N1 dan N2), Indeks modifikasi Hill (E5), Indeks Simpson (D), Indeks Shannon-Weiner (H,), Indeks Brillouin (HBE), luas basal, frekuensi pokok, Indeks nilai kemustahakan dan peratus indeks (IP). Nilai pH tanah diambil untuk menilai kecenderungan kelimpahan flora pokok di plot kajian. Kaitan antara bilangan individu setiap spesis dengan faktor pH dianalisis menggunakan kaedah regresi. Sejumlah 2 famili gimnosperma dan 25 famili angiosperma yang merangkumi 27 famili pokok direkodkan di kesemua 20 plot (n=20) yang mewakili 0.20 ha vegetasi hutan di Pulau Bohay Dulang. Di plot HC, sebanyak 20 famili direkodkan (n=10) dan 17 famili di plot HS (n=10). Peratus pertindihan spesis yang sama antara HC dan HS ialah 60.9%. Sebanyak 36 spesis dan 226 individu pokok direkodkan. Indeks diversiti antara dua vegetasi berbeza secara signifikan (t₉₃=0.45, P=0.01). Indeks diversiti Hill lebih tinggi di HC(N1=20.4; N2=15.1) berbanding di HS (N1=15.7; N2=13.1). Indeks diversiti Shannon-Weiner juga lebih tinggi di HC (3.0) berbanding di HS (2.8). Hanya 17.3% varians (R²) di dalam kelimpahan spesis menerangkan kesan pH terhadap kelimpahan spesis iaitu sangat tidak signifikan (F�‚₈=1.677, P>0.05). Spesis yang paling penting ialah Ardisia pyramidalis (IP=23.22%), Buchanania sessilifolia (20.05%), Canarium asperum (IP=19.15%). Burseraceae merupakan famili paling banyak spesis dan genera dengan 5 spesis dan 4 genera direkodkan. Sterculiaceae yang diwakili oleh spesis Pterocymbium javanicum (HC) dan Heritera littoralis (HS) merupakan satu-satunya famili yang direkodkan di kesemua vegetasi. Sebanyak 24 spesis baru direkodkan iaitu Aglaia ct. tomentosa, Aglaia rubiginosa, Alstonia ct. macrophylla, Ardisia pyramidalis, Ardisia sp. , Canarium sp. 1, canarium sp. 2, Canthium sp. , Celtis philippiensis, Cratoxylum sp., Diospyros sp. 1, Diospyros sp. 2, Flacourtia rukam, Fordia sp., Harpullia cupanioides, Utsea odorifera, Memecylon edule, Palaquium sp., Polyalthia sp., Pterocymbium javanicum, Santiria grandiflora, Sarcotheca diversifolia, Urophyllum sp. dan Xanthophyllum flavescens. Kajian ini menunjukkan terdapat kepelbagaian spesis di kedua-dua jenis vegetasi hutan dan banyak faktor abiotik lain yang boleh mempengaruhi kelimpahan spesis pokok. Habitat dan spesis-spesis yang terancam perlu dijaga untuk generasi sekarang dan pada masa akan datang.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: biodiversiti, Flora pokok, Pulau Bohay Dulang
Subjects: Q Science > QK Botany > QK1-989 Botany > QK900-989 Plant ecology
Department: INSTITUTE > Institute for Tropical Biology and Conservation
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 01 Oct 2014 11:32
Last Modified: 15 Apr 2024 15:12
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/9579

Actions (login required)

View Item View Item