Penentuan indeks glisemik roti putih dengan kaya dalam kalangan individu sihat

Debbie Rosalind (2013) Penentuan indeks glisemik roti putih dengan kaya dalam kalangan individu sihat. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002324.pdf

Download (11MB) | Preview

Abstract

Nilai indeks glisemik (GI) roti putih dengan kaya dikaji dalam kalangan subjek sihat. Seramai 10 individu (5 lelaki, 5 perempuan; BMI 21.6 ± 1.14 kg/m²; glukosadarah puasa 4.44 ± 0.09 mmol/L) melibatkan diri dalam kajian ini. Bagi menentukan GI, makanan ujian (roti putih dengan kaya) mengandungi 50g karbohidrat tersedia diukur dan dimakan oleh 10 individu sihat tersebut selepas berpuasa selama 10-12 jam. Setiap individu diberi makanan ujian satu kali sahaja untuk diuji manakala minuman rujukan (glukosa) sebanyak dua kali pada tiga hari yang berlainan. Darah kapilari diambil pada minit ke-0 (puasa), 15, 30, 45, 60, 90 dan 120 selepas subjek makan makanan ujian/rujukan. Peningkatan graf (iAUC telah dikira untuk setiap subjek. Nilai GI untuk roti putih dengan kaya adalah 100.0±30.1 (GI tinggi). Tiada perbezaan yang signifikan dalam nilai GI makanan ujian antara subjek lelaki dan perempuan. Purata nilai GI untuk makanan ujian dikira untuk keseluruhan kumpulan subjek dan dibandingkan dengan roti putih tepung gandum (70±0) dan roti putih tepung gandum dengan mentega kacang (59±8).

Item Type: Academic Exercise
Keyword: glycemic Index (GI), fasting blood glucose, test meal, health
Subjects: T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 08 Oct 2014 15:29
Last Modified: 13 Oct 2017 14:05
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/9689

Actions (login required)

View Item View Item