Penghasilan minuman buah kanistel campuran lemon

Leong, Yoke Ching (2013) Penghasilan minuman buah kanistel campuran lemon. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002367.pdf

Download (12MB) | Preview

Abstract

Objektif kajian ini adalah untuk menghasHkan minuman daripada buah kanistel campuran lemon. Formulasi yang terbaik telah dipilih dengan melakukan ujian pemeringkatan dan ujian hedonik. Minuman buah ini mengandungi 10% puri kanistel, 3% puri lemon, 8% gula, 0.1% karboksilmetil selulosa dan 78.90% air. Analisis proksimat menunjukkan bahawa minuman buah mengandungi 87.73±0.03% kelembapan, 0.16±0.00% protein, 0.01±0.00% lemak, 0.07+0.00% abu, 0.49+0.06% serabut kasar, dan 11.45+0.08% karbohidrat. Ia mempunyai 46.53 Kcal tenaga bagi 100 ml minuman buah. Keputusan kajian menunjukkan mutu penyimpanan mencatatkan nilai pH 3.75±0.10, 12.00±0.00 °Brix jumlah pepejal terlarut dan 2.24+0.01 mg/100g asid askorbik bagi minuman buah adalah semakin menurun iaitu pH 3.12±0.15, 34.13+0.04 warna, 8.02+0.29 °Brix dan 0.04+0.00mg/ml asid askorbik. Berdasarkan hasil keputusan mikrobiologi, minuman buah adalah selamat diminum selama 21 hari. Ujian perbandingan berganda menunjukkan bahawa minggu permulaan dan minggu pertama tidak mempunyai perbezaan signifikan (p>0.05) manakala mempunyai perbezaan signifikan (p<0.05) antara minggu permulaan dengan minggu ketiga bagi atribut warna, kemasaman dan aftertaste manakala perbezaan yang signifikan pula dapat dilihat pada minggu permulaan, antara minggu pertama dan minggu ketiga terutama dari segi perbezaan atribut rasa, aroma, kemanisan dan penerimaan keseluruhan. Ujian pengguna menunjukkan penerimaan yang baik kerana 89% pengguna sanggup membeli produk ini jika dipasarkan. Kesimpulannya, minuman buah ini mempunyai potensi pemasaran.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: fruit drink, canistel, lemon, formulation, storage quality, hedonic test
Subjects: T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 28 Oct 2014 14:40
Last Modified: 13 Oct 2017 15:17
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/9824

Actions (login required)

View Item View Item