Penghasilan halwa kulit buah limau bau (Citrus gandis L.)

Rusdilanatirah Md Nordin (2013) Penghasilan halwa kulit buah limau bau (Citrus gandis L.). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002393.pdf

Download (9MB) | Preview

Abstract

Projek penyelldikan ini dilakukan untuk menghasilkan produk halwa daripada kulit limau bali. Sebanyak 9 formulasi telah dihasilkan berasaskan daripada bahagian-bahagian kulit buah limau bali iaitu bahagian kulit luar dan bergabus, bahagian kulit luar sahaja dan bahagian kulit bergabus sahaja mengikut kepekatan akhir larutan gula yang telah ditetapkan iaitu 45� briks, 55� briks dan 65� briks. Keputusan ujian penilaian sensori menunjukkan formulasi 2 halwa kulit Iimau bali daripada gabungan bahagian kulit luar dan dalam yang mempunyai kepekatan akhir larutan gula sebanyak 550 briks dipilih sebagai formulasi yang terbaik dengan nilal skor min yang tertinggi iaitu 6.08± 1.07 untuk atribut wama, 6.20± 0.91 untuk atribut testur, 6.00± 1.04 untuk atribut kemanisan dan 6.25 ± 0.87 untuk atribut penerimaan keseluruhan. Ujian fiziko-kimia menunjukkan nilal pH bagi produk akhir laitu formulasi 2 adalah 3.74 ± 0.04, manakala jumlah pepejal teriarut adalah 62.3 ± 1.430 briks dan kandungan lembapan pula 19.89± 0.22%. Analisis proksimat menunjukkan bahawa produk akhir (formulasi 2) Ini mengandungi 19.89± 0.22% lembapan, 2.14± 0.08% kandungan abu, 0.34 ± 0.11 % protein, 0.27 ± 0.05% lemak, 8.23 ± 0.62% serabut kasar dan 69.14± 0.71% karbohidrat Untuk ujian mutu simpanan pula, produk halwa akhir disimpan selama 2 bulan menunjukkan tiada perubahan yang ketara (p>0.05) bagi atribut tekstur, kemanisan, after-taste dan penerimaan keseluruhan. Tetapl untuk atribut wama terdapat sedikit perubahan (p<0.05) diantara sampel yang disimpan dengan sampel segar. Warna sampel segar lebih terang dan menarik berbanding dengan sampel yang disimpan. Keputusan daripada ujian mfkrobfologf pula menunjukkan bahawa produk akhir bebas daripada pertumbuhan mikroorganisma melalui kiraan kulat, yis dan bakteria dengan masing-maslng kiraan koloni bawah 30 koloni. Keputusan ujian pengguna pula menunjukkan 86% pengguna menggemari halwa kulit limau bali Ini dan 78% daripadanya akan membeli halwa kulit limau bali jika ianya dipasarkan.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: pomelo peel, glace, formulation, colony
Subjects: T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 11 Nov 2014 12:56
Last Modified: 23 Oct 2017 16:23
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/9878

Actions (login required)

View Item View Item