Tahap pengetahuan dan pengambilan makanan panggang arang kayu berkarsinogenik oleh komuniti Kota Kinabalu, Sabah

Haslinda A Abu (2013) Tahap pengetahuan dan pengambilan makanan panggang arang kayu berkarsinogenik oleh komuniti Kota Kinabalu, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002403.pdf

Download (11MB) | Preview

Abstract

Objektif utama tesis inl adalah untuk menilai tahap pengambilan dan pengetahuan mengenai makanan karsinogenik iaitu makanan panggang arang kayu dalam kalangan komuniti di Kota Kinabalu, Sabah. Kajian ini dibuat menggunakan kaedah kajian soal selidik di enam kawasan sekitar Ka:a Kinabalu. Seramai 364 orang responden telah tertibat dalam kajian ini yang terdiri daripada pelbagal peringkat umur, bangsa dan tahap pendidikan. Masyarakat Kota Kinabalu gemar mengambil makanan panggang arang kayu terutamanya sayap atau kepak ayam, sate dan ikan bakar. Namun kebanyakan daripada mereka mempunyai tahap kekerapan pengambilan makanan tersebut kurang daripada sekali sebulan atau dua hingga lima kali sebulan. Tahap kekerapan pengambilan makanan panggang arang kayu dikaitkan dengan data demografik dan hubungan yang signifikan (p<0.05) hanya wujud apabila dikaitkan dengan status perkahwinan responden. Tahap pengetahuan masyarakat Kota Kinabalu mengenai makanan karsinogenik dan kesannya sebagai faktor risiko penyakit kanser adalah sangat rendah dan ianya boleh dikaitkan dengan taraf pendidikan responden. Tahap kesedaran mengenai kesan makanan karsinogenik pada tubuh badan dalam kalangan komuniti Kota Kinabalu masih di tahap yang sangat rendah.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: carcinogenic food, charcoal-grilled food, level of intake, level of education, awareness
Subjects: T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 11 Nov 2014 12:44
Last Modified: 23 Oct 2017 16:34
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/9891

Actions (login required)

View Item View Item