Pembangunan sup ikan haruan (Channa striata) dalam tin

Noor Azureen Armanus (2013) Pembangunan sup ikan haruan (Channa striata) dalam tin. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002405.pdf

Download (971kB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk membangunkan produk makanan dalam tin yang berasaskan ikan haruan(C. striata). Sebanyak 6 formulasi telah dibangunkan yang dibentuk daripada faktorial 2x3 dengan pemboleh ubahnya adalah garam (G) dan nisbah campuran tepung jagung (TJ): gam xanthan (GX) dan air (W). Hasil dari pada ujian hedonik yang dilakukan, satu formulasi yang terbaik diperolehi daripada 6 formulasi tersebut. Keputusan ujian hedonik menunjukkan formulasi F4 (G0.6% + TJ 0.3%: GX 0% + W68.4%) adalah formulasi yang terbaik. Analisis kandungan nutrien dijalankan keatas sampel kawalan dan sampel F4 sup ikan haruan dalam tin, perbandingan nilai peratusan abu, protein, lemak, serabut kasar, karbohidrat dan nilai kalori dilakukan dan didapati tiada perbezaan yang signifikan (p>_0.05) dilihat pada nilai abu, lemak dan karbohidrat. Manakala terdapat perbezaan yang signifikan (p: 50.05) pada nilai peratusan protein dan serabut kasar. Dalam analisis fizikokimia, ujian penentuan pH dilakukan dan tidak terdapat perbezaan yang signifikan (p>_0.05) pada nilai pH sampel kawalan dan sampel F4. Tetapi terdapat perbezaan yang signifikan (p: 50.05) padaujian pengukuran warna yang mengukur nilai L*, a*, dan b*. Analisis kualiti pengetinan yang dilakukan pada sampel F4 menunjukkan tidak ada sebarang kecacatan berlaku pada tin sampel pada akhir had penyimpanan ke-14. Manakala analisis mikrobiologi yang dijalankan selama 52 hari menunjukkan tidak ada pertumbuhan koloni berlaku dan sampel F4 berada dalam keadaan selamat untuk dimakan.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: canned food product, snakehead fish, product development
Subjects: ?? TP368-456_Food_processing_and_manufacture ??
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 11 Nov 2014 12:42
Last Modified: 23 Oct 2017 16:41
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/9893

Actions (login required)

View Item View Item