Pembangunan serikaya segera yang berasaskan sayur-sayuran

Huang, Chwei Ling (2013) Pembangunan serikaya segera yang berasaskan sayur-sayuran. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002410.pdf

Download (914kB) | Preview

Abstract

Serikaya segera yang berasaskan sayur-sayuran dibangunkan untuk memenuhi permintaanm asyarakaty ang mementingkan k esihatan dan kemudahan. Produk ini dihasilkan dengan pencampuran serbuk puri labu, serbuk soya, serbuk puri rumpai laut dan gula. Sebanyak sembilan formulasi telah direkabentuk. Formulasi terbaik, iaitu F1 didapati melalui ujian sensori. F1 terdiri daripada 50% serbuk puri labu, 5% serbuk soya, 5% serbuk puri rumpai laut dan 40% gula. Analisis proksimat bagi sampel F1 menunjukkan kandungan lembapan (3.73%), kandungan lemak (19%), kandungan protein (55.18%), kandungan abu (0.88%), kandungan serabut kasar (11.40%) dan kandungan karbohidrat (23.63%). Ujian fizikokimia yang dijalankan ialah pH, jumlah pepejal terlarut (*Brix), warna, aktiviti air dan viskositi dan keputusan yang diperolehi ialah pH 6.1, jumlah pepejal terlarut 59.75°Brix, warna L* ialah 66.10, a* ialah 27.30 dan b* ialah 52.99, aw, 0.56 dan viskositi 23.57 centipoise. Dalam kajian hayat simpanan, keputusan ujian mikrobiologi, ujian fizikokimia dan ujian perbandingan berganda menunjukkan bahawa produk yang dihasilkan masih dalam keadaan yang baik selama sebulan. Kajian pengguna menunjukkan 81% konsumer suka produk ini dan 72% konsumer akan membeli produk ini jika ia dipasarkan.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: serikaya, instant vegetable, product development, formulation, puree
Subjects: ?? TP368-456_Food_processing_and_manufacture ??
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 06 Nov 2014 11:19
Last Modified: 23 Oct 2017 16:45
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/9898

Actions (login required)

View Item View Item