Pengambilan susu dan produk tenusu dalam kalangan orang dewasa muda di Kota Kinabalu, Sabah

Leong, Chiu Yi (2013) Pengambilan susu dan produk tenusu dalam kalangan orang dewasa muda di Kota Kinabalu, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002417.pdf

Download (13MB) | Preview

Abstract

Pengambilan susu dan produk tenusu dalam kalangan orang dewasa muda di Kota Kinabalu telah dikaji dengan menggunakan kaedah Soal Selidik Kekerapan Makanan(FFQ) yang ditentusahkan. Responden (n=237, lelaki=68, perempuan=169) dengan min umur 22.7 ± 3.5 tahunyang menyertai kajian ini adalah dipilih dengan menggunakan persampelan rawak. Objektif kajian ini adalah (1)untuk menentukan kekerapan dan jumlah pengambilan susu dan produk tenusu dalam kalangan orang dewasa muda di Kota Kinabalu; (2)untuk menentukan jumlah kalsium melalui pengambilan susu dan produk tenusu; (3)untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi pengambilan susu dan produk tenusu. Kekerapan pengambilan susu dan produk tenusu dalam kalangan orang dewasa muda ialah 1.49 ± 1.35 sehari. Jumlah pengambilan susu dan produk tenusu ialah 1.23 ± 1.09sajian piawai/hari (min) atau 1 sajian piawai/hari (median). Sebanyak 42.2% responden mencapai sarananpengambilan susu dan produk tenusu, iaitu 1 hinggan 3 sajian piawai/harimengikut Piramid Makanan Malaysia (2010). Peratusan pencapaian saranan RNI bagi pengambilan kalsium daripada susu dan produk tenusu ialah 11.85±l0,41%. Etnik Melayu dan orang dewasa muda yang mempunyai pendapatan sedia ada sebanyak RM200-RM399 mempunyai pengambilan susu dan produk tenusu yang tertinggi berbanding dengan etnik lain dan kategori pendapatan sedia ada yang lain (p<0.05, ujian Kruskal Wallis). Pegetahuan mengenai kandungan kalsium yang tinggi dalam susu dan produk tenusu; pengaruh ahli kelurga; poster/iklan Kementerian Kesihatan; nasihat daripada doktor/kakitangan kesihatan; dan faktor intoleransi laktosa mempunyai hubungan yang signifikan dengan pencapaian saranan pengambilan susu dan produk tenusu (p<0.05, ujian X²).

Item Type: Academic Exercise
Keyword: dairy product, milk, young adult, Food Frequency Questionnaire (FFQ), intake, health, nutrition, awareness
Subjects: T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 06 Nov 2014 11:16
Last Modified: 23 Oct 2017 16:59
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/9914

Actions (login required)

View Item View Item