Unsur-unsur komedi dalam filem terpilih Malaysia

Mohd Suhaimi Md Yasin (2010) Unsur-unsur komedi dalam filem terpilih Malaysia. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]
Preview
Text
mt0000000522.pdf

Download (11MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dilakukan untuk mengenalpasti unsur-unsur komedi dalam filem terpilih Malaysia. Berdasarkan maklumbalas responden yang terdiri daripada mahasiswa Sekolah Pengajian Seni Universiti Malaysia Sabah, filem Pendekar Bujang Lapok arahan Allayarham Tan Sri P. Ramlee, Baik Punya Cilok arahan Afdlin Shauki, Senario Pemburu Emas Yamashita arahan Aziz M.Osman dan Anak Mami The Movie arahan Prof Madya A. Razak Mohaideen mendapat skor tertinggi untuk dianalisis. Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan kaedah mix method iaitu analisis kualitatif dan kuantitatif meliputi soal selidik berdasarkan tayangan dan penontonan filem. Teknik persampelan yang dijalankan adalah Convenience. Seramai 455 mahasiswa Sekolah Pengajian Seni telah melengkapkan dan memberi maklumbalas sewajarnya terhadap soal selidik penyelidikan. Soal selidik telah diuji kesahan dan kebolehpercayaannya berdasarkan sorotan literatur. Kajian ini mendapati elemen filem watak perwatakan, plot, tema, dialog dan latar memainkan peranan penting dalam menghasilkan kesan komedi atau humor di dalam filem dalam merangsang ketawa penonton. Pengkaji menggunakan kaedah SPSS (Statisucal Package for Social Science) bagi menilai dan mengesani unsur-unsur komedi dalam filem terpilih. Hasil kajian ini amat berguna kepada bidang pendidikan khususnya pengajian perfileman dan industri penerbitan filem khususnya kepada penggiat seni filem komedi tanah air dalam menghasil dan mencorak filem komedi berkualiti

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: comedy, film, mix method, comedic impression, humour, film publication industry
Subjects: ?? PN1993 ??
Department: SCHOOL > School of Arts Studies
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 13 Jan 2015 11:55
Last Modified: 30 Oct 2017 11:52
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/10173

Actions (login required)

View Item View Item