Penghasilan kordial salak campuran pegaga

Risna Tamrin (2006) Penghasilan kordial salak campuran pegaga. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002447.pdf

Download (9MB) | Preview

Abstract

Kajian ini telah dilakukan untuk menghasilkan produk kordial salak campuran pegaga. Dalam kajian ini, sebanyak 18 formulasi telah direka dan pemilihan formulasi terbaik berpandukan keputusan yang diperolehi daripada ujian sensori yang dijalankan. Sebanyak tiga formulasi terbaik iaitu F11, F13 dan F16 telah dipilih melalui ujian pemeringkatan berdasarkan kepada nilai skor terbaik yang menunjukkan perbezaan signifikan (p<0.05). F13 telah dipilih daripada 3 formulasi untuk penghasilan produk akhir yang mempunyai 45% gula, 25% jus salak dan 5% jus pegaga. Skor min F13 ujian hedonik untuk atribut warna 4.93 ± 1.17, aroma 4.77 ± 1.19, kemanisan 5.03 ± 1.56, kemasaman 4.37 ± 1.45, after-taste 4.73 ±1.31 dan penerimaan keseluruhan 5.27 ± 1.14. Berdasarkan analisis proksimat menunjukkan produk ini tidak mengandungi lemak manakala peratusan kandungan kelembapan 47.55 ± 0.57%, abu 0.22 ± 0.01%, sera but kasar 0.13 ± 0.02%, protein 0.10 ± 0.01% dan karbohidrat 52.01 ± 0.56%. Produk ini bersifat berasid dengan nilai pH 3.04 ± 0.04 manakala jumlah pepejal larut (oSriks) dan asid tertitrat mempunyai nilai masing-masing ialah 49.40 ±0.00 dan 0.38 ± 0.01. Ujian mikrobiologi ke atas produk yang baru dihasilkan tidak menunjukkan sebarang pertumbuhan mikroorganisma. Kajian penyimpanan kordial selama 8 minggu disimpan pada suhu bilik dan perubahan ciri-ciri fizikokimia menunjukkan jumlah pepejal larut (ºBriks) dan pH mengalami peningkatan yang signifikan (p<0.05) manakala kandungan asid tertitrat mengalami penurunan yang signifikan (p<0.05). Ujian mikrobiologi menunjukkan bahawa tiada pertumbuhan mikroorganisma dalam kiraan jumlah plat manakala bagi kiraan kulat dan yis, bilangan koloni adalah tidak termasuk dalam julat 30-300 kolon; sepanjang tempoh penyimpanan.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: salak, pegaga, cordial, formulation, product development
Subjects: T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 16 Jan 2015 14:29
Last Modified: 13 Oct 2017 12:58
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/10282

Actions (login required)

View Item View Item