Strategi pembelajaran bahasa dan pencapaian Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar Tingkatan Empat

Yong, Wing Cheang (2006) Strategi pembelajaran bahasa dan pencapaian Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar Tingkatan Empat. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]
Preview
Text
mt0000000552.pdf

Download (10MB) | Preview

Abstract

Kajian ini adalah sebuah kajian tinjauan yang bertujuan mengenalpasti strategi-strategi pembelajaran bahasa yang digunakan oleh pelajar Tingkatan Empat. Kajian ini juga cuba melihat hubungan tahap penggunaan strategi pembelajaran bahasa dengan pencapaian Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar Tingkatan Empat. Di samping itu, Kajian ini juga ingin melihat perbezaan penggunaan strategi pembelajaran bahasa secara umum mengikul jantina dan juga jenis sekolah iaitu di antara pelajar danpada Sekolah Menengah Kebangasaan (SMK) dan Sekolah Menengah (SM) Saint. Seramai 180 sampel yang terdiri daripada 90 pelajar Tingkatan Empat dari SMK dan juga 90 pelajar Tingkatan Empat dari SM. Instrumen utama kajian ini adalah menggunakan soal selidik yang telah diadaptasi dari Strategy Inventory for Language Learning (SILL) versi 7.0 (Oxford,1990) dan juga Self-Report Strategy Questionnaire (Mohammed Amin,1996). Data pencapaian Bahasa Inggeris pelajar adalah diperolehi dan tiga penilaian Bahasa Inggeris iaitu pencapaian Bahasa Inggeris dalam PMR 2005, ujian bulan Bahasa Inggeris bagi bulan Januari dan Februari 2006. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif iaitu min, kekerapan, peratus dan sisihan piawai bagi menerangkan poIa jantina. pencapaian, jenis sekolah dan penggunaan strategi pembelajaran bahasa. Strategi pembelajaran kategori metakognitif didapati menjadi strategi yang paling tinggi digunakan pelajar untuk mempelajari Bahasa Inggeris. Bagi melihat perbezaan dan hubungan di antara pembolehubah, ujian-t dan Khi kuasa dua digunakan. Hasil kajian ini mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara pelajar daripada SMK dan SM dari segi kekerapan menggunakan strategi pembelajaran bahasa. Namun begitu, hasil analisis telah mendapati wujudnya perbezaan yang signifikan di antara pelajar lelaki dan perempuan dalam menggunakan strategi pembelajaran Bahasa Inggeris. Hasil kajian ini mendapati wujud hubungan yang signifikan di antara tahap penggunaan strategi pembelajaran bahasa dengan pencapaian Bahasa Inggeris pelajar.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: English, language learning, gender, strategy, t-test, Chisquare statistic test
Subjects: ?? LB1603 ??
Department: SCHOOL > School of Education and Social Development
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 06 Jan 2015 10:57
Last Modified: 06 Nov 2017 16:48
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/10296

Actions (login required)

View Item View Item