Geologi am dan kajian kesan kapur terhadap sifat kejuruteraan lempung marin di sekitar pantai Kota Kinabalu, Sabah

Hennie Fitria Wulandary Soehady Erfen (2005) Geologi am dan kajian kesan kapur terhadap sifat kejuruteraan lempung marin di sekitar pantai Kota Kinabalu, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002505.pdf

Download (9MB) | Preview

Abstract

Kawasan kajian terletak di pantai barat Sabah meliputi keluasan sebanyak 80 kilometer persegi dan dibatasi oleh garis longitud 116° 06'T hingga 116° 09'T dan garis latitud 06°00'U hingga 06° 06'U dengan objektifnya untuk mengkaji aspek geologi am, mengkaji sifat fiziko-kimia dan kejuruteraan tanah lempung marin dan kajian terhadap kesan penggunaan kapur dalam meningkatkan kekuatan ricih tanah lempung marin di sekitar pantai kawasan kajian. Kawasan kajian merangkumi tanah tinggi dengan ketinggian melebihi 150 m, tanah rendah dan saliran di sekitar Kota Kinabalu. Sistem saliran kawasan kajian menunjukkan morfologi meander seperti Sungai Likas dan pola dendrit seperti Sungai Menggatal dan Sungai Miliwat. Kawasan kajian terdiri daripada Formasi Crocker yang dianggarkan berusia Eosen Akhir hingga Miosen Awal dan Aluvium Kuartener yang berusia Resen. Formasi Crocker terdiri daripada Unit Batu Pasir Masif, Unit Selang Lapis Batu Pasir dan Syal, Unit Syal Merah dan Unit Syal Kelabu. Formasi Crocker. Berdasarkan analisis geologi struktur seperti lineamen, perlapisan, perlipatan, sesar dan kekar dapat ditafsirkan bahawa kawasan kajian telah mengalami dua arab daya canggaan iaitu tren Barat Laut-Tenggara dan tren Timur Laut-Barat Daya. Kajian sifat fiziko-kimia dan sifat kejuruteraan sampel sedimen marin atau sedimen bersaiz lempung telah dijalankan pada tiga lokasi terpilih iaitu Kg. Unggun, Telukan Salut dan Sungai Likas. Hasil analisis sifat fiziko-kimia menunjukkan kandungan lembapan berjulat 38.79% hingga 83.50% dengan nilai tertinggi ialah pada sampel Kg. Unggun. Ujian pH pula menunjukkan nilai di antara 8.1 hingga 8.6 manakala kandungan organik tertinggi ialah 1.7 % pada sampel Sungai Likas. Analisis taburan saiz partikel dan ujian Atterberg menunjukkan sampel Kg. Unggun, Telukan Salut dan Sungai Likas masing masing dikelaskan sebagai lempung berkeplastikan tinggi (CH) yang berisihan buruk, lempung berlodak berkeplastikan sederhana (CL-ML) dengan isihan sederhana dan pasir berlodak berkeplastikan rendah (SW) yang mempunyai isihan baik. Nilai kebolehtelapan bagi sampel Kg. Unggun, Telukan Salut dan Sungai Likas masing masing ialah 4.09 x 10�¹¹ mls, 5.84 x 10�¹¹ mls dan 2.23 X 10�� mls. Ujian mampatan tak terkurung menunjukkan nilai tertinggi kekuatan ricih ialah pada sampel Telukan Salut dengan nilai 4.73 kN/m² diikuti oleh sampel Sungai Likas dengan 4.56 kN/m² dan sampel Kg. Unggun bernilai 3.63 kN/m². Ujian penstabilan dengan menggunakan campuran kapur menunjukkan nilai optimum bagi campuran kapur ialah 6%. Nilai ujian mampatan tak terkurung dengan menggunakan campuran kapur yang tertinggi nilai kekuatan ricihnya ialah 86.09 kN/ m² bagi sampel Telukan Salut diikuti oleh sampel Kg. Unggun dengan nilai 71.33 kN/ m² dan sampel Sungai Likas bemilai 57.56 kN/ m². Ujian penstabilan ini menunjukkan semakin lama sampel diawet maka nilai kekuatan juga semakin bertambah.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: geology, marine clay, lime mixture, dendritic pole, petrography analysis, stabilization test, soil, shear strength
Subjects: Q Science > QE Geology
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 05 Feb 2015 15:36
Last Modified: 24 Oct 2017 14:07
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/10463

Actions (login required)

View Item View Item