Kadar infeksi helmin pada tikus di anjung selera

Nik Qistina Nik Mohamed (2005) Kadar infeksi helmin pada tikus di anjung selera. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae00000025195.pdf

Download (9MB) | Preview

Abstract

Satu kajian mengenai kadar infeksi helmin pada tikus telah dibuat di dua lokasi iaitu Anjung Selera dan kawasan perumahan berdekatan. Terdapat lima spesies tikus yang ditangkap dari spesies Rattus rattus, Rattus norvegicus. Rattus liomanicus jalorensis, Sundamy muelleri dan Suncus murinus. Manakala sebanyak 30 ekor tikus pula yang telah ditangkap dan 27 ekor daripadanya diinfeksi oleh helmin. Kadar infeksi secara keseluruhan ialah sebanyak 90%. R rattus dan R. norvegicus mempunyai kadar infeksi paling tinggi dan sama iaitu 33.3%. Sebanyak 189 helmin telah berjaya diperolehi dan hanya empat spesies yang berjaya dikenalpasti. Spesies helmin ini ialah Hymenolepis diminula, Hymenolepis nana, Taenia taeniaelarmis dan Angiostrongylus malaysiensis. Tiga ekor helmin tidak berjaya dikenalpasti dan dinamakan Sp5, Sp6 dan Sp7. Secara keseluruhannya, H. diminuta mempunyai kadar infeksi paling tinggi pada tikus dengan 48.1 % diikuti A. malaysiensis dengan 44.4%. Kadar infeksi helmin di Anjung Selera secara keseluruhannya ialah sebanyak 22.2% manakala di kawasan perumahan sebanyak 77.7%. Kajian ini juga membincangkan mengenai hubungan antara perumah tikus dengan helmin

Item Type: Academic Exercise
Keyword: helminthes, infection, rat
Subjects: Q Science > QR Microbiology
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 17 Mar 2015 17:04
Last Modified: 24 Oct 2017 14:31
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/10516

Actions (login required)

View Item View Item