Kesan mikorhiza terhadap pertumbuhan Zea Mays L.

Sarasarlida Kamarudin (2005) Kesan mikorhiza terhadap pertumbuhan Zea Mays L. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002550.pdf

Download (8MB) | Preview

Abstract

Mikorhiza merupakan hubungan simbiosis yang berlaku di antara akar kebanyakan spesies pokok dan kulat, yang mana tumbuhan akan membekalkan karbon kepada kulat dan kulat akan membekalkan nutrien dari tanah kepada tumbuhan tersebut. Eksperimen ini telah dijalankan untuk mengkaji kesan mikorhiza terhadap pertumbuhan Zea mays L. (jagung) dari segi ketinggian pokok, bilangan daun, lebar daun dan panjang daun. Dua bentuk rawatan yang diberikan iaitu medium kawalan dan medium bennikorhiza. Mikorhiza diinokulasi dari akar pokok Paspalum conjugatum dan seterusnya dijangkitkan pada akar pokok Zea mays L. Teknik pencerahan dan pewarnaan telah diguna untuk mengenalpasti kehadiran mikorhiza pada akar pokok seperti hifa, arbuskul, vesikul, spora dan apresorium. Hasil ujian-t tidak bersandar pula telah memberi keputusan yang signifikan (p<0.05) dan menunjukan bahawa nilai purata ketinggian pokok, bilangan daun, panjang daun dan lebar daun bagi pokok Zea mays L. bermikorhiza adalah lebih tinggi daripada nilai purata pokok Zea mays L. kawalan. Kajian telah menunjukan bahawa mikorhiza dapat memberi kesan yang positif terhadap pertumbuhan pokok Zea mays L.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Mycorrhizae, fungi, carbon, soil, corn, treatment, staining techniques
Subjects: Q Science > QK Botany
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 12 Mar 2015 16:54
Last Modified: 25 Oct 2017 14:02
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/10602

Actions (login required)

View Item View Item