Macbeth Majilon (2005) Kesan suhu penyimpanan terhadap kualiti simpanan halia matang (Zingiber officinale Roscoe cv. Tambunan). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000002584.pdf Download (9MB) | Preview |
Abstract
Kajian ini dijalankan untuk mengkaji kesan suhu penyimpanan dan tempoh penyimpanan terhadap perubahan fizikal dan kimia bagi halia matang (Zingiber officinale Roscoe cv. Tambunan). Semua sampel halia disimpan di dalam bilik sejuk (10±2°C); di dalam makmal Teknologi Tumbuhan (25±2°C), Sekolah Sains dan Teknologi dan luar bilik Kolej Kediaman Kampung E (30±5°C). Setiap jenis halia disimpan dalam empat replikat selama tiga bulan. Kajian ini dilakukan dengan menggunakan rekabentuk rawak lengkap(CRD). Analisis statistik yang digunakan adalah analisis varians satu hala (ANOVA) dan analisis General Linear Model (GLM). Cerapan data dilakukan pada setiap bulan melibatkan empat parameter iaitu peratus kehilangan berat (KB), jumlah pepejal terlarut(SSC), peratus asid tertitrat (TA) dan nilai pH. Data yang diperolehi menunjukkan hanya terdapat interaksi antara ke an suhu penyimpanan dan jangkamasa simpanan terhadap peratus kehilangan berat halia. Daripada analisis varians (ANOVA) satu hala yang dijalankan menunjukkan bahawa jangka masa simpanan memberikan kesan yang signifikan (P<0.05) terhadap kesemua parameter yang dikaji. Selepas tiga bulan penyimpanan, didapati peratus kehilangan berat (20.44%) dan asid tertitrat (8.95%) serta jumlah pepejal terlarut (4.l5) meningkat dengan signifikan daripada awal bulan penyimpanan. Purata bagi nilai pH halia sepanjang tempoh penyimpanan adalah pH 6.5. Daripada kajian ini dapat disimpulkan bahawa penyimpanan pada suhu bilik (25±2°C) adaiah lebih baik berbanding dengan penyimpanan suhu bilik sejuk (10±2°C) dan suhu luar bilik (30±5°C).
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | Zingiber officinale Roscoe cv. Tambunan , ginger , ANOVA (analysis of variance), Completely Randomized Design (CRD) |
Subjects: | Q Science > QK Botany |
Department: | SCHOOL > School of Engineering and Information Technology |
Depositing User: | ADMIN ADMIN |
Date Deposited: | 30 Mar 2015 15:55 |
Last Modified: | 25 Oct 2017 14:32 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/10703 |
Actions (login required)
View Item |