Keberkesanan penggunaan petak sifir terhadap peningkatan minat dan prestasi pelajar dalam topik bahagi

Norimah Edeh (2013) Keberkesanan penggunaan petak sifir terhadap peningkatan minat dan prestasi pelajar dalam topik bahagi. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
mt0000000571.pdf

Download (8MB) | Preview

Abstract

Pengajaran dan pembelajaran menjadi topik yang sangat penting dalam dunia pendidikan di zaman ini. Stail pembelajaran dan keberkesanannya telah menarik minat ramai para penyelidik dan pengamal. Terdapat banyak saranan yang mengatakan bahawa penggunaan bahan bantu belajar memberikan sumbangan yang besar ke arah peningkatan prestasi pelajar. Penggunaannya boleh memudahkan penguasaan pembelajaran sesuatu topik mahupun subjek dengan cepat. Dalam kajian ini memfokuskan keberkesanan pembelajaran dengan menggunakan bahan bantu Petak Sifir sepenuhnya dalam menyelesaikan operasi Bahagi. Seramai 24 orang pelajar sekolah rendah Tahun 6 daripada sebuah sekolah di daerah Beaufort telah dijadikan sampel rawatan dan 24 orang lagi dijadikan sebagai sam pel kawalan dalam kajian ini. Keputusan analisis telah menunjukkan bahawa penggunaan Petak Sifir ini telah memberikan kesan yang amat positif terhadap hasil pembelajaran topik Bahagi. Secara terperinci, dapatan kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan Petak Sifir dalam pembelajaran mempunyai impak yang signifikan ke atas prestasi pencapaian. Kesannya dapat diperhatikan dengan membandingkan dapatan ujian pra dan ujian pasca. Prestasi keputusan dalam ujian pasca telah meningkat dengan signifikan. Peningkatan prestasi secara keseluruhan juga berlaku seperti yang digambarkan oleh peningkatan nilai min.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Teaching and learning , Multiple Chart in solving of Division , mathematics , logarithm plot
Subjects: ?? LB1501 ??
Department: SCHOOL > School of Education and Social Development
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 24 Mar 2015 11:52
Last Modified: 25 Oct 2017 14:35
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/10706

Actions (login required)

View Item View Item