Gaya pembelajaran pelajar dalam mata pelajaran kimia di sebuah sekolah menengah daerah Kota Kinabalu

Madznah Hamiddon (2013) Gaya pembelajaran pelajar dalam mata pelajaran kimia di sebuah sekolah menengah daerah Kota Kinabalu. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
mt0000000574.pdf

Download (12MB) | Preview

Abstract

Mata pelajaran Kimia merupakan mata pelajaran yang sering kali memberi cabaran hebat kepada pelajar. Masih ramai pelajar yang sukar untuk menguasal konsep dalam mata pelajaran Kimia. Namun begitu, dengan pemilihan gaya pembelajaran yang sesuai dengan kecerdasan pelajar, konsep dalam mata pelajaran Kimia mudah untuk difahami. Bagi mengkaji amalan gaya pembelajaran pelajar, kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah penyelidikan kualitatif. Pendekatan kualitatif yang digunakan dalam kajian ini adalah fenomenologi. Fenomenologi digunakan sebagai medium penyelidikan kerana penyelidik ingin meneroka fenomena gaya pembelajaran yang berlaku dalam kalangan pelajar aliran Sains. Penyelidik telah menemubual seramai sembilan orang infonnan dan membuat pemerhatian dan analisis dokumen bagi mendapatkan data. Hasil analisis data yang telah dijalankan oleh penyelidik, terdapat teknik, kaedah dan strategi pembelajaran yang diamalkan oleh pelajar sebagai gaya pembelajaran. Walau bagaimana pun, pemilihan lebih daripada satu jenis gaya pembelajaran telah menjurus kepada pembelajaran multimodal. Sehubungan dengan penemuan persekitaran pembelajaran multi modal dan juga gaya pembelajaran, penguasaan konsep mata pelajaran akan dapat dipertingkatkan.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Chemistry , phenomenology , Science stream students , learning style , student intelligence
Subjects: ?? LB1603 ??
Department: SCHOOL > School of Engineering and Information Technology
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 24 Mar 2015 11:50
Last Modified: 25 Oct 2017 14:37
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/10709

Actions (login required)

View Item View Item