Gaya pembelajaran pendidikan seni visual dalam perkembangan kreativiti murid

Aini Hassan (2013) Gaya pembelajaran pendidikan seni visual dalam perkembangan kreativiti murid. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
mt0000000575.pdf

Download (10MB) | Preview

Abstract

Kajian ini, bertujuan untuk melihat hubungan Gaya pembelajaran Honey Dan Mumford (1992), iaitu Aktivis, Reflektor, Theorist dan Pragmatis dalam Perkembangan Kreativiti murid di kalangan sekolah menengah harian. Instrumen kajian ini adalah berbentuk seal selidik yang melibatkan 179 orang murid tingkatan empat dan lima dari empat buah sekolah menegah harian biasa. Reka bentuk kajian pula adalah berbentuk deskriptif melibatkan kajian korelasi iaitu melihat hubungan antara dua pemboleh ubah. Data - data kajian dianalisis menggunakan perisian SPSS (Statistical Packages for Sosial Sciences) Version 20.0 for Windows untuk mendapatkan jumlah peratus kekerapan. Kajian rintis dijalankan dan didapati nilai Cronbach-Alpha adalah 0.880. hasil kajian mendapati pola gaya pembelajaran Reflektor lebih dominan diamalkan dan diikuti gaya pembelajaran Pragmatis, Theorist dan Aktivist. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara gaya pembelajaran dimensi Aktivist, Reflektor, Theorist dan Pragmatis dalam perkembangan kreativiti murid dan hipotesis nul ditolak. Hasil min keseluruhan kajian juga menunjukkan gaya pembelajaran Reflektor paling digemari oleh murid-murid dan diamalkan dalam pembelajaran mereka setiap hari.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Honey and Mumford Learning Styles (1992), Statistical Packages for Social Sciences , Cronbach-Alpha , null hypothesis
Subjects: ?? LB1603 ??
Department: SCHOOL > School of Education and Social Development
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 24 Mar 2015 11:52
Last Modified: 25 Oct 2017 14:38
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/10710

Actions (login required)

View Item View Item