Kesan penggunaan Magic Marble dengan pembelajaran koperatif dalam matematik terhadap tahap pencapaian dan sikap pelajar tingkatan 1

Suzemie Ayu Ramli (2013) Kesan penggunaan Magic Marble dengan pembelajaran koperatif dalam matematik terhadap tahap pencapaian dan sikap pelajar tingkatan 1. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]
Preview
Text
mt0000000577.pdf

Download (10MB) | Preview

Abstract

Kajian ini membincangkan bagaimana penggunaan Magic Marble dengan Pembelajaran Koperatif memberi kesan terhadap sikap dan tahap pencapaian pelajar dalam topik Integer Matematik tingkatan satu. Sampel kajian terdiri daripada 140 orang pelajar tingkatan satu (58 lelaki dan 82 perempuan) yang diambil daripada sebuah sekolah menengah di daerah Kota Kinabalu Sabah. Soal selidik digunakan untuk mengukur sikap pelajar terhadap Matematik dan pencapaian pelajar diukur menggunakan markah ujian pra dan pasca. Data dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS versi 19. Dapatan analisi ujian- t menunjukkan bahawa pencapaian pelajar meningkat secara signifikan setelah proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan Magic Marble dengan Pembelajaran Koperatif. (t = - 60.356, P < 0.05). Begitu juga, dapatan kajian ini menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dengan sikap pelajar setelah menggunakan Magic Marble dengan Pembelajaran Koperatif dalam bilik darjah.Namun kajian ini gagal menunjukkan perbezaan min skor sikap antara pelajar perempuan dan pelajar lelaki. Secara ringkasnya, kajian ini menyumbang dari segi penyelidikan kerana membekalkan data mengenai sikap dan pencapaian pelajar dalam Matematik. Justeru itu, kajian ini mencadangkan agar guru- guru mengaplikasikan penggunaan Magic Marble dengan Pembelajaran Koperatif dalam mengajar Matematik tingkatan satu.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Magic Marble , Mathematics Integer topics , student form one ,Kota Kinabalu , cooperative learning
Subjects: ?? LB1603 ??
Department: SCHOOL > School of Education and Social Development
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 26 Mar 2015 15:16
Last Modified: 06 Nov 2017 16:54
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/10712

Actions (login required)

View Item View Item