Pelaksanaan sistem maklumat murid dan aplikasi pangkalan data murid dalam pengurusan data murid

Norin Farizah Mohd Nuin (2013) Pelaksanaan sistem maklumat murid dan aplikasi pangkalan data murid dalam pengurusan data murid. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
mt0000000582.pdf

Download (9MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan bertujuan mengenalpasti pelaksanaan Sistem Maklumat Murid(SMM) dan Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) dalam Pengurusan Data Murid. Semua sekolah menengah kebangsaan di Daerah Lahad Datu dijadikan lokasi kajian.Kajian ini melibatkan seramai 181 sampel daripada keseluruhan populasi berjumlah 346 guru kelas. Sampel kajian yang dipilih adalah menggunakan teknik persampelan rawak mudah. Analisis kajian ini melibatkan statistik deskriptif dan analisls Inferensi. Data-data diperolehi melalui soal selidik dengan menggunakan Skala Ukert. Data-data ini dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS versi 18.0 untuk menentukan frekuensi, peratus, min , sisihan piawai, ujian-t, anova dan pekali Pearson. Dalam kajian ini didapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara jantina, umur, tahap pendidikan, pengalaman mengajar, kursus komputer terhadap pelaksanaan SMM dan APDM. Kajian ini mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan di antara SMM dan Pengurusan Data Murid serta APDM dan Pengurusan Data Murid, namun kedua - dua pembolehubah tidak bersandar ini tidak mempunyai hubungan yang kuat dengan pembolehubah bersandar. Walakin begitu, hasil kajian mendapati terdapat hubungan yang kuat di antara SMM dan APDM kerana kedua-dua sistem ini mempunyai fungsi yang sama.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Student Information System (SIS), Pupil Database Applications (PDA), Lahad Datu , ANOVA , Pearson
Subjects: L Education > L Education (General)
Department: SCHOOL > School of Education and Social Development
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 30 Mar 2015 15:55
Last Modified: 25 Oct 2017 14:39
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/10734

Actions (login required)

View Item View Item