Penghasilan jem wheatgrass (Triticum Aestivum)

Chua, Geok Kee (2007) Penghasilan jem wheatgrass (Triticum Aestivum). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002603.pdf

Download (12MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menghasilkan produk baru jem daripada wheatgrass yang tidak terdapat di pasaran. Sejumlah 6 formulasi telah dihasilkan daripada gabungan 30%, 35% dan 38% jus wheatgrass yang dihasilkan daripada penghidratan semula serbuk wheatgrass, 58.7% dan 60.7% gula, 0.85% pektin, 0.45% asid sitrik dan air bagi yang setinggalnya. Pada peringkat pemilihan formulasi terbaik jem wheatgrass, ujian hedonik bagi keenam-enam formulasi menunjukkan perbezaan yang signifikan bagi warna, aroma, tekstur, kebolehsapuan dan penerimaan keseluruhan. Formulasl terbaik jem wheatgrass (Formulasi 3) adalah dipilih berdasarkan skor min yang tertinggi bagi atribut wama, aroma, tekstur dan penerimaan keseluruhan. Formulasi ini mengandungi 35% wheatgrass, 58.7% gula, 0.85% pektin, 0.45% aisd sitrik dan 5% air. Jem wheatgrass ini mempunyal nilai pH 2.56±0.02 dan 66.67±0.58°Briks. Analisis proksimat menunjukkan jem wheatgrass mengandungl 43.42±0.09% kandungan lembapan, 0.07±0.01% abu, 0.10±0.01% protein, 1.18±0.27% lemak, 4.81±0.43% serabut kasar dan 50.42± 0.53% karbohidrat. Dalam kajian mutu simpanan jem wheatgrass, kaedah accelerated (37°C) telah digunakan. Jem wheatgrass simpanan pada minggu 2 dan 4 menunjukkan penurunan pH yang signifikan manakala tidak ada perbezaan signifikan pada jumlah pepejal larut apabila berbanding dengan jem wheatgrass segar. Ujian mikrobiologl pula menunjukkan tiada pertumbuhan mikroorganisma pada semua sampel. Dalam penilaian senseri jem wheatgrass yang dislmpan selama 4 minggu, tidak ada perbezaan yang signifikan pada atribut-atribut yang dikaji apabila berbanding dengan jem wheatgrass segar kecuali atribut warna. Kajian reka bentuk label juga dilakukan untuk menghasilkan satu label botol jem wheatgrass yang sesuai dan didapati label 2 (gambarajah dan simbol yang lebih besar serta rekaan wama yang kontras) adalah paling disukai. Dalam ujian pengguna, majoriti ahli panel suka pada jem wheatgrass. Ujian pengguna menunjukkan 89% daripada ahli panel akan membeli produk ini dan ini menunjukkan jem wheatgrass yang dibangunkan dalam kajian ini mempunyai potensi pasaran yang tinggi.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: wheatgrass, jam, product development
Subjects: ?? TP368-456_Food_processing_and_manufacture ??
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 01 Sep 2015 13:23
Last Modified: 25 Oct 2017 15:08
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/11514

Actions (login required)

View Item View Item