Yong, Julie Fui Mee (2010) Taburan semasa logam berat terpilih di dalam air Sungai Likas, Kota Kinabalu, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000002644.pdf Download (9MB) | Preview |
Abstract
Kajian terhadap taburan semasa logam berat di dalam air Sungai Likas telah dijalankan pada tahun 2010. Persampelan telah dibuat sebanyak dua kali (7 Januari 2010 dan 21 Januari 2010) untuk sepuluh stesen persampelan di sepanjang Sungai Likas. Terdapat lima jenis logam berat telah dipilih untuk dianalisa dengan menggunakan ICP-DES iaitu kadmiun (Cd), kuprum (Cu), nikel (Ni), Plumbum (Pb), dan link (In). Selain itu, parameter in-situ iaitu suhu, pH, elektrokonduktiviti, dan kemasinan juga telah ditentukan. Julat purata bagi logam berat yang diperolehi dalam kajian ini ialah Cd (air surut: 0.1009 - 0.4436 µg/L dan air pasang: TD - 0.0701 µg/L), Cu (air surut: 1.3248 - 3.8809 µg/L dan air pasang: 0.1052 - 1.7792 µg/L), Ni (air surut: 2.4417 - 4.6054 µg/L dan air pasang: 0.2369 - 0.6141µg/L), Pb (air surut: TD - 13.6337 µg/L dan air pasang: TD - 1.3163 µg/L), dan In (air surut: 24.0319 - 63.4283 µg/L dan air pasang: 2.2911 - 7.6757 µg/L). Manakala, bagi parameter in-situ pula, julat purata yang telah diperolehi adalah suhu (air surut: 29.85 - 31.90°c dan air pasang: 29.55 - 31.10 0c), pH (air surut: 7.10 - 7.65 dan air pasang: 7.15 - 7.80), elektrokonduktiviti (air surut: 0.41 - 29.84 mS/cm dan air pasang: 3.40 - 35.78 mS/cm), dan kemasinan (air surut: 0.50 - 7.55 ppt dan air pasang: 19.15 - 0.10 ppt). Secara keseluruhan, kualiti air di Sungai Likas adalah sederhana bersih (Kelas IIB) berdasarkan Piawaian Kualiti Air Nasional Malaysia.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | heavy metal, Likas River, ICP - OES, in-situ parameters, water quality |
Subjects: | T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering |
Department: | SCHOOL > School of Science and Technology |
Depositing User: | ADMIN ADMIN |
Date Deposited: | 15 Oct 2015 16:51 |
Last Modified: | 27 Oct 2017 09:32 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/11668 |
Actions (login required)
View Item |