Hubungan gaya pembelajaran dengan pencapaian akademik pelajar di Sekolah Menengah Daerah Tawau

Rozani Ahmad (2013) Hubungan gaya pembelajaran dengan pencapaian akademik pelajar di Sekolah Menengah Daerah Tawau. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]
Preview
Text
Copy_of_mt0000000602.pdf

Download (10MB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengetahui sarna ada terdapat hubungan antara gaya pembelajaran dan hubungannya dengan pencapaian akademik pelajar. Kajian ini juga ingin mengenal pasti gaya pembelajaran yang manakah menjadi amalan pelajar atau yang paling dominan dengan pelajar ketika aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Seramai 547 orang pelajar tingkatan empat di empat buah sekolah iaitu SMK Tawau, SMK Kuhara, SMK Umas-umas dan SMK Balung di daerah Tawau. Soal selidik adalah daripada Honey & Mumford, Learning Style Questionnaire (1992), yang mengandungi lapan puluh item telah digunakan untuk kajian ini. Penyelidik telah menjalankan kajian rintis ke atas 18 orang pelajar bagi menentukan kebolehpercayaan soal selidik. Nilai kebotehpercayaan yang telah diperolehi adalah 0.88. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan Statistic Package For Social Science (SPSS) Version 16.0 for Windows. Ujian korelasi Pearson digunakan untuk menganalisis data dalam kajian hubungan gaya pembelajaran dengan pencapaian akademik pelajar. Dapatan kajian menunjukkan nilai p diantara gaya pembelajaran dengan pencapaian pelajar adalah p=0.01 hlngga 0.05. Hal ini menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara dua pembotehubah tersebut. Kajian ini juga telah mendapati bahawa gaya pembelajaran yang menjadi amalan pelajar latah gaya pembelajaran Reflektor diikuti dengan Teoris, Pragmatis dan akhir sekali ialah Aktivis. Hasil kajian juga mendapati bahawa terdapat perbezaan yang signifikan terhadap pencapaian pelajar berdasarkan lokasi tetapi tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap gaya pembelajaran pelajar berdasarkan lokasi. Implikasi kajian ini jelasnya mampu mengubah dan memberi input berguna kepada Kementerian Pelajaran, khasnya guru-guru dan pelajar umumnya. Satu perancangan idea untuk membantu guru dan murid mengenalpasti gaya pembetajaran untuk pencapaian akademik masing-masing.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: learning style, academic achievement, Honey & Mumford, Learning Style Questionnaire, Statistic Package for Social Science (SPSS), Pearson correlation
Subjects: ?? LB1603 ??
Department: SCHOOL > School of Education and Social Development
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 12 Oct 2015 15:17
Last Modified: 07 Nov 2017 15:08
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/11799

Actions (login required)

View Item View Item