Taburan sis dinoflagelata di kawasan ledakan populasi Alga-Bahaya, Kota Kinabalu

Vun, Nancy Nyuk Chen (2008) Taburan sis dinoflagelata di kawasan ledakan populasi Alga-Bahaya, Kota Kinabalu. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002930.pdf

Download (10MB) | Preview

Abstract

Kajian mengenai sis dinoflagelata ini melibatkan identifikasi dan penentuan taburan sis dinoflagelata di kawasan ledakan populasi alga-bahaya, Kota Kinabalu. Kawasan kajian ini meliputi Teluk Sepanggar. Teluk Likas dan Tanjung Am. Sebanyak empat belas stesen ditentukan termasuk empat transek di kawasan kajian. Setiap transek mempunyai tiga stesen. Kaedah persampelan dan pemprosesan sis dinoflagelata adalah menggunakan teknik palinologi. Min keseluruhan bilangan sis dinofagelata yang dijumpai di sepanjang kawasan ledakan populasi alga-bahaya adalah 13.59 ± 1.66 sis dinoflagelata per cm³. Terdapat empat genera yang telah diidentifikasi dan dua daripada genera tersebut iaitu Gymnodinium sp. dan Scripsiella sp. boleh menyebabkan keraeunan paralitik PSP. Kawasan yang mempunyai bilangan sis dinoflagelata yang tertinggi ialah stesen tujuh yang terletak di Teluk Likas dengan nilai min 31.50 ± 12.00 sis dinoflagelata per cm³ manakala kawasan yang mempunyai purata sis dinoflagelata yang terendah ialah stesen 12 yang terletak di Tanjung Am dengan nilai min 3.50 ± 0.50 sis dinoflagelata per cm³. Taburan tertinggi sis dinoflagelata di transek adalah di transek ketiga yang terletak di Teluk Likas dengan nilai min 18.17 ± 5.79 sis dinoflagelata per cm³. Manakala taburan sis dinoflagelata yang terendah adalah di transek keempat yang terletak di Tanjung Aru dengan nilai min 8.25 ± 2.43 sis dinoflagelata per cm³. Analisis Anova menunjukkan tidak terdapat perbezaan hererti dalam taburan sis dinoflagelata di antara stesen dan di antara transek. Lebih banyak kajian yang perlu dijalankan di kawasan ini untuk memahami faktor-faktor yang boleh menyebabkan ledakan populasi di kawasan ini.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: cyst dinoflagellata, Harmful alga-blooms, paralytic poisoning
Subjects: Q Science > QE Geology
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 30 Jun 2016 09:56
Last Modified: 27 Oct 2017 10:58
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/11812

Actions (login required)

View Item View Item