Faktor-faktor yang mempengaruhi penerimaan inovasi - satu kajian sistem pemasaran berbilang tingkat (multilevel marketing) di Malaysia

Mariana Tinggal (2006) Faktor-faktor yang mempengaruhi penerimaan inovasi - satu kajian sistem pemasaran berbilang tingkat (multilevel marketing) di Malaysia. Doctoral thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]
Preview
Text
Faktor-faktor yang mempengaruhi penerimaan.pdf

Download (22MB) | Preview

Abstract

Inovasi adalah idea, produk atau sistem yang dianggap baru oleh sesuatu sistem sosial dan merupakan aspek yang kritikal serta isu pengurusan yang strategik bagi survival Individu ataupun organisasi. Tanpa inovasi, keupayaan untuk bersaing dan mengekalkan kewujudan akan terjejas. Namun kewujudan inovasi sahaja tidak bermakna sekiranya gagal diterima oleh kumpulan sasaran. Dalam persekitaran yang menuntut hasil yang jauh lebih tinggi daripada sumber-sumber yang terhad, inovasi wajar dimanfaatkan secara optimum. Sebaran inovasi adalah proses yang kritikal untuk memastikan setiap inovasi diterima secara meluas dan memberi nilai tambah yang maksimum. Berasaskan kepentingan inovasi, kajian ini memberi tumpuan khusus kepada sebaran inovasi dengan merujuk kepada faktor-faktor penerimaan Sistem Pemasaran Berbilang lingkat (MLM). Kajian tentang inovasi dilihat dalam pelbagai perspektif dan aliran seperti sebaran inovasi, organisasi berinovatif dan teori proses-proses inovasi. Implementasi inovasi dikenal pasti peringkat yang paling sukar dan didapati kebanyakan projek inovasi gagal kerana tidak dikendalikan dengan baik pada peringkat ini. Kajian-kajian terdahulu melibatkan pelbagai jenis inovasi seperti teknologi maklumat dan komunikasi, produk pengguna, program perubahan dalam organisasi, produk perubatan dan teknologi pertanian. Kajian inovasi saluran pengedaran produk khususnya MLM amat terhad. Tiga kategori faktor dikenalpasti boleh mempengaruhi penerimaan inovasi iaitu faktor-faktor persekitaran, ciri-ciri inovasi dan ciri-ciri penerima inovasi. Ciri-ciri keusahawanan penerima digabungkan dalam kajian ini berasaskan jenis inovasi yang berorientasikan keusahawanan. Kaedah kaji selidik melalui pos digunakan dalam pengumpulan data. Terdapat perbezaan statistik yang signifikan bagi faktor prospek ekonomi dalam kategori faktor-faktor persekitaran di antara responden Melayu dengan responden Cina, dan faktor keperluan pencapaian dalam kategori ciri-ciri keusahawanan di mana penerima lewat sistem MLM didapati mempunyai skor min yang lebih tinggi berbanding penerima awal. Usahawan Melayu secara relatif kurang menekankan aspek prospek ekonomi apabila membuat pertimbangan untuk menceburi industri MLM manakala penerima lewat mempunyai tahap keperluan pencapaian yang secara relatif lebih tinggi.

Item Type: Thesis (Doctoral)
Keyword: diffusion of innovation, adoption of innovation, multi-level marketing, Malaysia
Subjects: H Social Sciences > HF Commerce
Department: FACULTY > Faculty of Business, Economics and Accounting
Depositing User: MUNIRA BINTI MARASAN -
Date Deposited: 27 Oct 2017 16:11
Last Modified: 27 Oct 2017 16:11
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/12331

Actions (login required)

View Item View Item