Memanfaat pengalaman akademik ekspatriat: dasar dan polisi pengantarabangsaan Universiti Malaysia Sabah

Norazah Mohd Suki and Irma Wani Othman and Muhammad Safuan Yusoff and Nor Arifah Mohd Noor (2014) Memanfaat pengalaman akademik ekspatriat: dasar dan polisi pengantarabangsaan Universiti Malaysia Sabah. Labuan e-Journal of Muamalat and Society, 8. pp. 58-72. ISSN 1985-482X

[img]
Preview
Text
Memanfaat_pengalaman_akademik_ekspatriat.pdf

Download (48kB) | Preview

Abstract

Pelan Strategik Universiti Malaysia Sabah (UMS) 2013-2017 dirangka menggariskan tujuh (7) Bidang Keberhasilan Utama Universiti iaitu UMS-KRAs (UMS Key Result Areas), MMS-KRA3 bersandarkan objektif strategik iaitu “Mempertingkatkan Keterlihatan Reputasi di Peringkat Antarabangsa� (Enhancing International Visibility and Reputation)(UMS, 2013). Bagi mencapai matlamat tersebut, UMS menekankan keperluan untuk meningkatkan kualiti pendidikan tinggi dalam menyumbang ke arah pembangunan pendidikan negara. Bersandarkan kepada hasrat yang diwarwarkan, penglibatan kakitangan akademik bertaraf antarabangsa dilihat perlu bagi menjadikan UMS relevan dan berdaya saing. Kajian ini bersandarkan dua objektif iaitu (i) mengenalpasti pengalaman ekspatriasi akademik ekspatriat di UMS dan (ii) mengemukakan cadangan terhadap dasar dan polisi pengantarabangsaan UMS berdasarkan pengalaman ekspatriasi akademik ekspatriat tersebut. Hasil kajian yang diperolehi berupaya menyumbang kepada (i) kefahaman refleksi diri pengalaman ekspatriasi perorangan bagi ahli akademik yang berkeinginan berekspatriat secara berdikari dan (ii) input yang signifikan kepada majikan dengan menyumbangkan data empirikal serta perspektif berguna bakal majikan berhubung isu pengambilan dan pemilihan kakitangan antarabangsa untuk diimplementasikan secara khusus ke dalam dasar dan polisi pengantarabangsaan UMS.

Item Type: Article
Keyword: Academic Expatriates Experience, Independent Expatriates, Public High Institution, Policy and Internationalization
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
Department: FACULTY > Labuan Faculty of International Finance
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 13 Jan 2016 15:58
Last Modified: 16 Oct 2017 15:15
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/12791

Actions (login required)

View Item View Item