Tang, Kit Seang (2010) Model pengaturcaraan gol 0-1 bagi penjadualan tugas kereta bomba balai bomba Sembulan. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000002896.pdf Download (8MB) | Preview |
Abstract
Penjadualan tugas bagi kereta bomba merupakan elemen penting semasa kecemasan agar masalah kekurangan tenaga kerja atau pembaziran tenaga kerja boleh dikurangkan. Proses penjadualan melibatkan beberapa peraturan dan kekangan yang perlu dipertimbangkan, iaitu polisi pihak bomba dan cadangan kepada pihak bomba. Polisi pihak bomba adalah seperti bilangan minimum kereta bomba yang diperlukan dalam setiap kecemasan, bilangan pegawai bomba untuk setiap kereta bomba dan masa rehat untuk kereta bomba. Manakala cadangan yang dicadangkan adalah menetapkan empat pegawai dalam setiap kereta bomba dan mengoptimumkan masa bertugas kereta bomba. Oleh itu, model pengaturcaraan gol 0-1 dibangunkan dengan menggunakan data daripada Balai Bomba, Sembulan dan akan diselesaikan dengan menggunakan perisian LINGO. Akhirnya, hasH kajian daripada model yang dibina memenuhi polisi pihak bomba dan cadangan kepada pihak bomba.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | fire engine, fireman, fire station, policy, duty schedule, LINGO software |
Subjects: | ?? QA76 ?? |
Department: | SCHOOL > School of Science and Technology |
Depositing User: | ADMIN ADMIN |
Date Deposited: | 30 Jun 2016 09:57 |
Last Modified: | 30 Oct 2017 10:09 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/13002 |
Actions (login required)
View Item |