Pengetahuan pemakanan ibu bapa dengan kanak-kanak kecil di Kota Kinabalu, Sabah

Chin, Wei Shen (2015) Pengetahuan pemakanan ibu bapa dengan kanak-kanak kecil di Kota Kinabalu, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002969.pdf

Download (684kB) | Preview

Abstract

Pengetahuan pemakanan ibubapa dengan kanak-kanak berumur 3 hingga 6 tahun di Kota Kinabalu diuji menggunakan borang kaji soal-selidik isi sendiri. Borang kaji soal-selidik merangkumi soalan berkaitan tabiat dan corak makan kanak-kanak mereka. Responden direkrut menggunakan persampelan rawak dari tujuh buah taska atau tadika. Tahap pengetahuan pemakanan dibahagikan kepada skor tertil. Berat-bagi-umur, tinggi-bagi-umur dan UT-bagi-umur kanak-kanak diketahui daripada pengukuran tinggi dan berat badan mereka. Min skor pengetahuan adalah 46.5, yang terletak dalam tertii kedua. Terdapat korelasi signifikan antara skor pengetahuan pemakanan ibubapa dan kekerapan pengambilan makan tengahari kanak-kanak dalam satu minggu (rs = 0.140, P = 0.016); dan kekerapan kanak-kanak mengambil minum pagi (rs = -0.127, P = 0.029) dan minum petang (rs = -0.148, P = 0.011) di luar rumah. Bagi pengambilan makanan kanak-kanak, terdapat korelasi signifikan antara skor pengetahuan pemakanan dan kekerapan pengambilan ikan, ayam, daging dan kekacang (rs = 0.167, p= 0.004); susu dan hasil tenusu (rs = 0.174, P = 0.003); makanan berkarbohidrat (rs= 0.124, p = 0.033); dan makanan segera (rs = -0.137, P = 0.018). Terdapat juga korelasi signifikan antara skor pengetahuan pemakanan ibubapa dan pengkelasan tahap status pemakanan kanak-kanak untuk berat-bagi-umur (rs = 0.168, P = 0.005. Kesimpulannya, pengetahuan pemakanan ibubapa nampaknya mempunyai impak ke atas tabiat makan dan status pemakanan kanak-kanak.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Nutrition, kindergarten, fast food
Subjects: T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply
Department: FACULTY > Faculty of Food Science and Nutrition
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 16 May 2016 13:18
Last Modified: 30 Oct 2017 10:29
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/13149

Actions (login required)

View Item View Item