Analisis produk penguraian glukosinolat dan sebatian organik meruap lain dalam tumbuhan tempatan terpilih

Kahar Pulian (2011) Analisis produk penguraian glukosinolat dan sebatian organik meruap lain dalam tumbuhan tempatan terpilih. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002815.pdf

Download (9MB) | Preview

Abstract

Kajian ini adalah bertujuan untuk menganalisis produk penguraian glukosinolat dan sebatian organik meruap lain yang hadir dalam beberapa tumbuhan terpilih (carica papaya, Moringa oleifera dan Ocimum sanctum). Analisis sebatian dijalankan dengan menggunakan Kromatografi gas-spektrometer jisim (GC-MS). Bahan pelarut diklorometana (DCM) berfungsi sebagai cecair pelarut dalam kajian ini. Kaedah ekstraksi cecair-cecair antara air ternyahion dengan DCM berdasarkan perbezaan kelarutan sebatian di dalam larutan cecair tak larut tersebut. Keadaan analisis semasa proses hidrolisis seperti suhu ditetapkan pada 35ºC dan pH 7.0. Hasil analisis menunjukkan kehadiran sebatian benzil isotiosianat dalam pucuk betik manakala isopropil isotiosianat telah ditemui dalam daun kelor. Kedua-dua sebatian ini merupakan produk huraian glukosinolat. Kehadiran sebatian-sebatian ini mencadangkan jenis glukosinolat yang terdapat dalam tumbuhan-tumbuhan ini ialah glukotropaeolin (benzilglukosinolat) dan glukoputranjivin (isopropilglukosinolat). Analisis sebatian pada daun cemangi pula menunjukkan kehadiran sebatian hidrokarbon yang mengandungi kumpulan berfungsi aldehid dan beberapa sebatian lain yang mempunyai potensi biological tetapi tidak dapat ditentukan secara jelas. Ini disebabkan tiadanya spektra piawai sebagai rujukan dalam perpustakaan alat GC-MS yang digunakan dalam kajian ini.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: glucosinolate, degradation, Gas Chromatography-Mass Spectrometer, Dichloromethane, Liquid-liquid extraction, deionize water, Moringae oleifera, Ocimum sanctum
Subjects: Q Science > QK Botany
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 18 May 2016 13:35
Last Modified: 30 Oct 2017 10:39
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/13162

Actions (login required)

View Item View Item