Kesan kualiti air sungai ke atas bilangan odonata di Sungai Telipok, Sabah menggunakan analisis regresi berganda

Siti Noorhafizah Othman (2008) Kesan kualiti air sungai ke atas bilangan odonata di Sungai Telipok, Sabah menggunakan analisis regresi berganda. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002846.pdf

Download (8MB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk untuk menentukan kesan kualiti air terhadap bilangan Odonata di Sungai Telipok Sabah. Faktor kualiti air yang dipertimbangkan ialah seperti pH kekonduktiviti, kekeruhan, ukuran oksigen terlarut dan jumlah pepejal terampai. Kaedah regresi berganda digunakan untuk memodelkan hubungan bilangan Odonata dengan faktor kualiti air tersebut. Dalam kajian ini, selain pembolehubah tunggal, interaksi antara pembolehubah sehingga empat peringkat juga dipertimbangkan. Ini membawa kepada pembentukan 80 model yang mungkin. Pemilihan model terbaik adalah berdasarkan kepada Lapan Kriteria Pemilihan Model Terbaik. Ujian individu ujian global, ujian Wald dan ujian kerawakan reja dijalankan sebagai justifikasi kepada model terbaik. Hasil analisis mendapati model terbaik dengan majoriti nilai kriteria terendah ialah model M66.9. Ini menunjukkan bilangan Odonata dipengaruhi oleh pH ukuran oksigen terlarut interaksi antara pH dan ukuran oksigen terlarut interaksi antara kekonduktiviti dan kekeruhan dan interaksi antara pH, kekeruhan dan ukuran oksigen terlarut. Seterusnya model ini boleh digunakan untuk membuat peramalan.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: water quality, number of Odonata, Multiple regressions method, Eight Selection Criteria
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 02 Jun 2016 09:55
Last Modified: 30 Oct 2017 11:06
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/13209

Actions (login required)

View Item View Item