Penghasilan serbuk minuman cendol segera dengan rumpai laut (kappaphycus alvarezil)

Lee, Hooi Meng (2014) Penghasilan serbuk minuman cendol segera dengan rumpai laut (kappaphycus alvarezil). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002973.pdf

Download (13MB) | Preview

Abstract

Minuman cendol merupakan sejenis mlnuman tradisional yang terdiri daripada jeli hijau, santan dan gula merah. Kajian Ini dijalankan untuk membangunkan serbuk minuman cendol segera dengan menggunakan teknik pengeringan semburan. Selain itu, penambahan 10%, 20% dan 30% rumpai laut (Kappaphycus alvarezii) ke dalam minuman cendol segera juga dikaji. Komposisl kimia, warna, peratusan penghasilan, aktiviti air, pH, ketumpatan pukal, keterlarutan, kelikatan dan kandungan pepejal larut telah dijalankan untuk menentukan sifat-sifat fizikokimia serbuk minuman cendol segera Inl. DI samping itu, tahap penerimaan sensori terhadap serbuk minuman cendol segera juga telah ditentukan. Keputusan menunjukkan serbuk minuman cendol segera dengan penambahan 10% rumpai laut mempunyal kandungan protein, lemak, serabut kasar, abu dan lembapan yang lebih tinggi tetapl kandungan karbohidrat yang leblh rendah berbanding dengan sampel kawalan (p<0.05).Seterusnya, dengan penambahan 10% rum pal laut telah meningkatkan aktiviti air, ketumpatan pukal dan kelikatan manakala peratusan penghasilan, keterlarutan dan kandungan pepejal serbuk minuman cendol segera telah menurun secara signifikan (p<0.05). Selain itu, serbuk minuman cendol segera mempunyai warna coklat kemerahan dan kurang asid. Serbuk minuman cendol segera yang ditambah dengan 10% rumpai laut mempunyal tahap penerimaan yang tinggl bagl atribut aroma, perisa rumpai laut, aftertaste dan penerimaan keseluruhan berbanding dengan serbuk minuman cendol segera yang ditambah dengan 20% dan 30% rumpai laut. Kesimpulannya, minuman cendol segera boleh dihasilkan dengan teknik semburan kering dan serbuk minuman cendol segera dengan penambahan 10% rumpai laut telah menghasilkan serbuk minuman cendol segera dengan komposisl nutrisi yang tinggi, keterlarutan yang baik, warna coklat kemerahan dan penerimaan baik.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Traditional beverage-drink , seaweed , spray drying technique
Subjects: ?? SH393_Seagrasses ??
Department: FACULTY > Faculty of Food Science and Nutrition
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 02 Jun 2016 08:38
Last Modified: 30 Oct 2017 11:16
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/13291

Actions (login required)

View Item View Item