Status hiperkolesterolemia dalam kalangan orang dewasa di Kota Kinabalu, Sabah

Teh, Adrain,Kheng Liong (2014) Status hiperkolesterolemia dalam kalangan orang dewasa di Kota Kinabalu, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Submitted)

[img]
Preview
Text
ae0000002976.pdf

Download (9MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti prevalens hiperkolesterolemia, faktor-faktor yang menyumbang kepada hiperkolesterolemia dan mengenal pasti jenis rawatan yang sedang diterima dalam kalangan orang dewasa (~18 tahun) di Kota Kinabalu, Sabah. Seramai 187 responden (min umur: 50.90 ± 11.67 tahun) telah menyertai kajian ini yang dijalankan di Jalan Gaya Kota Kinabalu, Sabah. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan cara tusukan jarl responden untuk mendapatkan nilai jumlah kolesterol subjek dan borang soal selidik untuk mengetahui maklumat sosiodemografi, gaya hidup, sejarah kesihatan dan corak pemakanan responden. Maklumat antropometri (tinggi dan berat) subjek juga diambil dalam kajian ini untuk mendapatkan indek jisim tubuh. Dalam kajian ini, prevalens hiperkolesterolemia dalam kalangan orang dewasa di Kota Kinabalu adalah sebanyak 55.1%. Seramai 28.3% responden yang dikenal pasti mempunyai hiperkolesterolemia adalah responden yang tidak tahu mereka mempunyai hiperkolesterolemia. Responden perempuan (60%) mempunyai prevalens yang lebih tinggi berbanding responden lelaki (49.4%). Dari segi faktor-faktor yang menyumbang kepada hiperkolesterolemia, faktor lIT dikenal pasti mempunyai korelasi dengan keputusan jumlah kolesterol responden (r=0.162, p=0.02). Manakala faktor-faktor lain seperti faktor sosiodemografi, gaya hidup dan corak pemakanan tidak menunjukkan mempunyai perkaitan signifikan dalam kajian ini(p>0.05). Jenis rawatan yang paling banyak sedang diterima dan diamalkan oleh responden yang mempunyai hiperkolesterolemia adCllah rawatan terapi perubahan gaya hidup (TlC) (41.6%), diikuti rawatan perubatan (30.7%) dan rawatan traditional seperti herba dan suplemen (27.7%). Kesimpulan, prevalens hiperkolesterolemia di Kota Kinabalu adalah tinggi dan satu perempat orang yang tidak sedar bahawa mereka mempunyai hiperkolesterolemia.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Hypercholesterolemia, Anthropometric measurement , Lipoprotein
Subjects: T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply
Department: FACULTY > Faculty of Food Science and Nutrition
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 02 Jun 2016 08:39
Last Modified: 30 Oct 2017 11:18
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/13294

Actions (login required)

View Item View Item