Kajian tembikar arkeologi tanah liat di bukit tengkorak Semporna, Sabah dengan menggunakan teknik pendaflouran sinar-X

Nur Syairah Mohd Shahiruddin (2008) Kajian tembikar arkeologi tanah liat di bukit tengkorak Semporna, Sabah dengan menggunakan teknik pendaflouran sinar-X. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002906.pdf

Download (8MB) | Preview

Abstract

Satu sampel tembikar dari temuan arkeologi yang dijumpai di Bukit Tengkorak Semporna, Sabah yang berusia lebih kurang 4000 tahun, dari zaman Neolitik telah dikaji dengan menggunakan teknik pendaflouran sinar-X serakan panjang gelombang telah diterapkan dalam kajian ini. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti unsur-unsur yang terkandung dalam serpihan tembikar tanah liat. Analisis kualitatif tanpa kehadiran piawai-piawai seramik telah dijalankan untuk mengenalpasti unsur-unsur yang terkandung dalam sampel tembikar. Bagi analisis kuantitatif pula, sebanyak 10 unsur oksida iaitu (SiO₂, Al₂O₃), Fe₂O₃, TiO₂, CaO, CuO, NiO, Nb₂O₅, ZnO dan As₂O₅) telah dipilih bagi analisis kandungan peratus kepekatan elemen oksida dalam sampel kajian. Analisis kualitatif dan kuantitatif yang diperoleh daripada ujikaji, menunjukkan bahawa bahawa serpihan tembikar dari Bukit Tengkorak, Sempoma, Sabah terdiri daripada kandungan peratus kepekatan silika (Si) dan aluminium (AI) yang tinggi iaitu masing-masing sebanyak 54.32% dan 13.98 %. Daripada hasil kajian, dapat dibuat perbandingan dengan temuan arkeologi (tembikar) yang ditemui di Xigongqiao, China dari zaman Neolitik dan dipercayai bahawa wujudnya perdagangan yang aktif di rantau ini kerana terdapat persamaan kewujudan unsur tembikar yang dijumpai di Bukit Tengkorak, Sempoma, Sabah dengan temuan arkeologi (tembikar) di Xigongqiao, China.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: archeology artifact, wavelength dispersive X-ray fluorescence (WDXRF), pottery sherd
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > D History (General)
Q Science > QC Physics
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 09 Jun 2016 10:16
Last Modified: 30 Oct 2017 11:32
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/13312

Actions (login required)

View Item View Item