Komposisi nutrien sayur tempatan liar terpilih di Bundu Tuhan, Ranau

Zulaikha Bin Mohd. Zain (2014) Komposisi nutrien sayur tempatan liar terpilih di Bundu Tuhan, Ranau. Universiti Malaysia Sabah.

[img]
Preview
Text
ae0000002980.pdf

Download (647kB) | Preview

Abstract

Objektif kajian ini ialah menentukan komposisi nutrien penting seperti kandungan lembapan, abu, protein, lemak kasar, sera but diet, karbohidrat, mineral dan vitamin C dalam empat jenis sayuran tempatan liar terpilih dan membandingkan dengan sayur yang ditanam. Empat jenis sayuran tempatan yang dikaji ialah rebung buluh Beting (Gigantchloa levis), rebung buluh lemang (Schizostachyum bradycladum), ubi keladi liar (Colocasia gigantea) dan daun keladi liar (Schismatoglottis ahmadil) yang tumbuh liar dikawasan Bundu Tuhan, Ranau. Berdasarkan kajian, setiap sayuran liar yang dikaji mengandungi nilai nutrien yang penting. Dua spesies rebung, buluh Beting dan buluh Lemang mengandungi kandungan lembapan(92.65-93.70%), abu (12.59-16.13%), protein (25.13-25.72%) dan serabut diet (25.10-17.19%) yang tinggi. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan (p>0.05) di antara kedua spesies rebung ini. Manakala ubi keladi liar pula tinggi kandungan karbohidrat (77.29%). Terdapat perbezaan signifikan (p<0.05) di antara sayur ubi keladi liar dengan sayur rujukan bagi kandungan, protein, serabut diet dan karbohidrat Bagi sayur daun keladi liar pula mengandungi lembapan (90.91%), abu (19.29%) dan karbohidrat (25.81%) yang tinggi berbanding sayur rujukan. Tiada perbezaan yang signifikan (p>O.OS) diantara sayur daun keladi liar dengan sayur rujukan bagi kandungan lemak dan serabut diet. Keempat-empat jenis sayuran tempatan liar yang dikaji mempunyai kandungan lemak yang rendah (0.71 % hingga 1.74%). Bagi sampel rebung buluh Beting, kandungan mineral yang paling tinggi hingga paling rendah ialah elemen kalium (K), diikuti elemen kalsium (ca), magnesium (Mg), Zink (Zn), natrium (Na) dan ferum (Fe)(K>ca>Mg>Zn>Na>Fe). Manakala bagi rebung buluh Lemang dan ubi keladi liar, dan daun keladi liar, kandungan mineral yang paling tingi hingga paling sedikit ialah kalium (K), kalsium (ca), magnesium (Mg), natrium (Na) dan ferum (Fe) (K>ca>Mg>Na>Zn>Fe). Kandungan vitamin C bagi rebung buluh Beting adalah paling tinggi berbanding sayuran yang lain iaitu 23.599 mg/100g dan terdapat perbezaan yang signifikan (p<0.05) di antara rebung buluh Beting dan rebung buluh L.emang. Kandungan vitamin C bagi rebung buluh Lemang pula ialah 12.116mg/100g manakala bagi ubi keladi liar pula adalah rendah iaitu 3.110mg/100g. Manakala bagi daun keladi liar pula mengandungi 2.642mg/100g vitamin C dan mempunyai perbezaan signifikan (p<O.05) dengan sayur rujukan. Secara kesimpulan, keempat-empat sayuran berkenaan mengandungi kandungan nutrien yang dikaji dan mempunyai perbezaan signifikan dengan sayur rujukan.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Composition of essential nutrients , local WIld vegetables, mineral content
Subjects: T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 10 Jun 2016 15:38
Last Modified: 30 Oct 2017 11:36
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/13426

Actions (login required)

View Item View Item