Kesan tempoh penyimpanan lepas tuai ke atas kualiti tongkol jagung manis hibrid

Chik Norlia Ibrahim (2008) Kesan tempoh penyimpanan lepas tuai ke atas kualiti tongkol jagung manis hibrid. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002948.pdf

Download (9MB) | Preview

Abstract

Kajian ini telah dilakukan untuk melihat kesan tempoh penyimpanan lepas tuai ke atas kualiti tongkol jagung manis hibrid. Dalam kajian ini, setiap hari peringkat penyimpanan telah dilakukan selama 10 hari iaitu bennula 0, 1,2,3,4,5, 6, 7, 8 dan 9 hari selepas tuai. Kawalan dalam kajian ini ialah hari ke 55 selepas tanam kerana kebiasaanya petani menuai jagung pada tempoh ini. Pada setiap peringkat penyimpanan, empat tongkol jagung diambil secara rawak untuk di analisis. Parameter yang digunakan untuk menguji kualiti jagung adalah keteguhan isi dan jumlah kandungan pepejal terlarut. Manakala parameter lain ialah pengurangan berat tongkol dengan kulit, pengurangan ukurlilit tongkol dengan kulit, dan pH. Berdasarkan kajian ini, tempoh penyimpanan maksimum yang sesuai bagi tongkol jagung adalah empat hari selepas tarikh penuaian biasa iaitu 1,2,3, dan 4 hari selepas tuai. Ini dibuktikan berdasarkan parameter keteguhan isi dan kandungan pepejal terlarut dalam menentukan kualiti jagung manis hibrid. Pada hari penuaian (kawalan), keteguhan isi adalah 0.54 Kg N manakala kandungan pepejal terlarut ialah 9.38 % Brix. Selepas 1 hari penyimpanan, keteguhan isi dan kandungan pepejal terlarut adalah masing-masing pada tahap 0.54 Kg N dan 8.40 % Brix. Pada hari ke-2 selepas tuai, keteguhan isi ialah 0.72 Kg N manakala jumlah kandungan pepejal terlarut ialah 7.88 % Brix. Nilai keteguhan isi dan jumlah kandungan pepejal terlarut pada hari ke-3 selepas tuai adalah masing-masing pada tahap 0.85 Kg N dan 7.05 % Brix. Pada hari ke-4 selepas tuai, bacaan keteguhan isi dan jumlah kandungan pepejal terlarut adalah masing-masing pada tahap 0.86 Kg N dan 5.48% Brix. Berdasarkan kajian ini, dapat disimpulkan bahawa tongkol jagung yang telah dituai dapat disimpan selama empat hari dalam keadaan biasa.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: hybrid, sweet corn, storage, harvesting, kernel firmness
Subjects: T Technology > TP Chemical technology
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 13 Jul 2016 09:20
Last Modified: 07 Nov 2017 11:28
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/13575

Actions (login required)

View Item View Item