Nur Azrawani Abd Aziz (2010) Aplikasi pengaturcaraan gol 0-1 dalam penjadualan tugas pegawal keselamatan Universiti Malaysia Sabah (UMS). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000002992.pdf Download (10MB) | Preview |
Abstract
Pintu gerbang kampus induk Universiti Malaysia Sabah (UMS) merupakan laluan utama keluar masuk semua warga UMS malah turut menjadi laluan utama untuk sesiapa sahaja yang ingin berurusan di dalam kampus. Maka, hal yang demikian memerlukan pengawasan dan pengawalan ketat demi memastikan keselamatan kampus terjaga. Hal ini, menjadi tanggung jawab Bahagian Keselamatan UMS amnya dan pengawalan pintu gerbang dikhususkan oleh Unit Am yang mempunyai kekuatan sebanyak 29 orang. Berkawal di pintu gerbang ini adalah satu tug as yang memerlukan penjadualan yang utuh kerana tugas ini perlu dilakukap setiap masa supaya tidak berlaku kejadian-kejadian yang tidak diingini di dalam kawasan kampus. Tugas ini juga memerlukan pengawasan sepanjang masa i.e 24 jam sehari 7 hari seminggu. Dengan itu, matlamat kajian ini dijalankan adalah untuk mendapatkan jadual yang adil supaya keberkesanan tugas oleh pegawai-pegawai keselamatan di pintu gerbang dapat ditingkatkan. Jadual asal diperolehi danpada Pejabat Bahagian Keselamatan Universiti Malaysia Sabah. Proses penjadualan ini melibatkan beberapa peraturan dan kekangan yang dipertimbangkan dan beberapa perkara iaitu polisi Bahagian Keselamatan itu sendin dan hasil temuduga dengan pegawai-pegawai keselamatan. Pembangunan model diaplikasi melalui pengaturcaraan gol 0-1 kerana keupayaan pengaturcaraan ini menghasilkan sebuah model yang pelbagai matlamat. Menggunakan perisian LINGO, model ini didapati memenuhi sebahagian polisi Bahagian Keselamatan UMS sekaligus menunaikan permintaan yang disuarakan oleh pegawai-pegawai keselamatan yang terlibat. Ianya mampu menghasilkan jadual yang lebih adil iaitu bilangan han bekerja dan cuti yang sama rata.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | entrance, supervision, goal programming, LINGO software |
Subjects: | ?? QA76 ?? |
Department: | SCHOOL > School of Science and Technology |
Depositing User: | ADMIN ADMIN |
Date Deposited: | 14 Jul 2016 10:05 |
Last Modified: | 20 Nov 2017 11:35 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/13600 |
Actions (login required)
View Item |