Wan Nur Hidayah Wan Zainudin (2008) Pengetahuan, sikap dan amalan penggunaan pestisid di kalangan para petani di Penampang, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000002995.pdf Download (8MB) | Preview |
Abstract
Borang soal selidik dibina bagi mengkaji tahap pengetahuan, sikap dan amalan penggunaan pestisid di kalangan para petani di Penampang, Sabah. Borang soal selidik mengandungi empat bahagian soalan iaitu Bahagian A (Latar belakang responden), Bahagian B (Pengetahuan respond en), Bahagian C (Pengendalian pestisid responden) dan Bahagian D (Simptom kesihatan responden). Borang soal selidik diedarkan secara rawak kepada 200 orang responden di empat buah kampung di daerah Penampang. Keputusan yang diperolehi menunjukkan peratusan responden perempuan mengendalikan pestisid dengan baik. Responden juga turut mempunyai kesedaran yang tinggi mengenai kesan pestisid terhadap manusia dan alam sekitar. Namun, responden tidak menggunakan alatan pelindung badan yang sempurna. lni menyebabkan mereka mengalami simptom-simptom kesihatan. Cadangan yang baik diharapkan dapat digunakan sebagai rujukan bagi merangka program kesedaran kepada petani pada masa akan datang.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | farmer, knowledge, attitude, pesticide handling |
Subjects: | T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering |
Department: | SCHOOL > School of Science and Technology |
Depositing User: | ADMIN ADMIN |
Date Deposited: | 14 Jul 2016 10:54 |
Last Modified: | 20 Nov 2017 11:35 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/13602 |
Actions (login required)
View Item |