Kuantifikasi sampah marin di pantai Universiti Malaysia Sabah (UMS)

Alicia Kartika Chandra Ngieng (2008) Kuantifikasi sampah marin di pantai Universiti Malaysia Sabah (UMS). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000003020.pdf

Download (9MB) | Preview

Abstract

Pencemaran sampah marin merupakan masalah sekitaran yang sekian lama djbadapi pantai UMS. Kajian ini merupakan kajian yang pertama kali dijalankan di pantai ini. Dalam kajian ini, keseluruhan peratusan jumlah bilangan dan herat sampah marin bukan organik di pantai Universiti Malaysia Sabah ditentukan mengikut jenis kategori sampah iaitu plastik, kertas, kain, kaca, logam dan getah. Selain itu, kajian ini bertujuan untuk membandingkan peratus bilangan dan herat sampah bukan organik dengan kuadrat yang berlainan. Tujuan lain kajian ini dijalankan ialah membandingkan peratus bilangan dan herat sampah bukan organik dengan hari yang berlainan. Dengan cara pemilihan kuadrat sistematik, sampah yang dikutip dicuci, dikeringkan, ditimbang, dan diklasifikasikan mengikut setiap kategori yang telah ditetapkan. Sebanyak 2945 item/1200m² sampah dengan berat sebanyak 39611.60g/1200m² telah dikutip sepanjang persampelan ini. Sampah jenis plastik mendominasi kategori bilangan dan herat keseluruhan sampah dengan peratus bilangan sebanyak 80.48% dan peratusan herat sebanyak 39.95%. Kuadrat pertama menunjukkan peratus tertinggi sampah marin tak organik yang dikutip berbanding kuadrat lain iaitu 656 items/100m² (22.28%). Perbandingan antara hari pula menunjukkan hari ketujuh persampelan (8 Disember 2007) iaitu hari Sabtu menunjukkan peratusan yang tertinggi iaitu 345 items/100m² (11.70%). Kajian lanjut berkenaan pengaruh arus dan ombak harus dilakukan bagi mengetahui faktor taburan sampah marin di pantai UMS.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: marine debris, volume, weight, litter contamination
Subjects: T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 03 Aug 2016 14:16
Last Modified: 20 Nov 2017 11:42
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/13671

Actions (login required)

View Item View Item