Kepelbagaian labah-labah famili Sparassidae di Pulau Gaya, Taman Tunku Abdul Rahman,Sabah

Noor Shuhana Che Saad (2014) Kepelbagaian labah-labah famili Sparassidae di Pulau Gaya, Taman Tunku Abdul Rahman,Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000003056.pdf

Download (10MB) | Preview

Abstract

Satu kajian kepelbagaian labah-Iabah famili Sparassidae telah dilakukan di Pulau Gaya bermula dari Februari 2014 hingga Mac 2014 selama tujuh hari tempoh persampelan. Objektif kajian ini adalah bagi mengkaji kepelbagaian labah-labah famili Sparassidae di Pulau Gaya dan membina satu kekund dikotomi peringkat genus bagi famili Sparassidae.Kekunci piktorial dikotomi dibina bagi fauna labah-labah untuk kegunaan umum. Lima rintis telah dipilih bagi mewakili kawasan Pulau Gaya, iaitu Padang Point dan Base Camp menjadi titik permulaan bagi setiap trail. Sepanjang persampelan ini, kaedah penangkapan secara manual telah digunakan bagi menangkap labah-Iabah. Sejumlah 111 individu labah-Iabah yang terdiri daripada dua famili (Sparassidae dan Qenidae), dan empat spesies yang mewakili famili Sparassidae. Antara spesies yang ditemui adalah Heteropoda venatoria, Heteropoda davidbowie, Heteropoda tetrica dan Thelcticopis sp. Spesies Heteropoda venatoria mencatatkan kelimpahan individu tertinggi iaitu sebanyak 80 individu. Indeks kepelbagaian Shannon-Weiner menunjukkan Pulau Gaya mempunyai kepelbagaian labah-labah yang rendah iaitu 0.7736. Berdasarkan kajian ini, satu kekunci dikotomi piktorial bagi peringkat genus telah dibentuk berdasarkan perbezaan morfologi bagi empat speesies labah-labah berdasarkan ciri-ciri morfologi individu dewasa dengan menggunakan analisis kluster. Antara ciri morfologi yang digunakan adalah seperti saiz dan susunan mata, corak dan wama pada mandibel serta warna pada bahagian abdomen

Item Type: Academic Exercise
Keyword: diversity, spider, Sparassidae
Subjects: Q Science > QL Zoology
Department: FACULTY > Faculty of Science and Natural Resources
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 29 Nov 2016 15:30
Last Modified: 13 Nov 2017 10:35
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/14637

Actions (login required)

View Item View Item