Kajian awal kesan ejen mutasi EMS (Etil Metanasulfonat) terhadap aktiviti antioksidan Labisia pumila var. lanceolata in-vitro

Nicholas Jr Keer (2014) Kajian awal kesan ejen mutasi EMS (Etil Metanasulfonat) terhadap aktiviti antioksidan Labisia pumila var. lanceolata in-vitro. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000003117.pdf

Download (845kB) | Preview
[img] Text
Kajian awal kesan ejen mutasi EMS (Etil Metanasulfonat) terhadap aktiviti antioksidan Labisia pumila var. lanceolata in-vitro..pdf
Restricted to Registered users only

Download (2MB)

Abstract

Labisia pumila atau lebih dikenali sebagai Kacip Fatimah dikenali kerana mengandungi nilai perubatan seperti antioksidan terutama kepada kaum wanita, Oleh itu, kajian dijalankan untuk mengenalpasti tumbuhan yangmempunyai aktiviti antioksidan yang tertinggi daripada stok kultur in-vitroLabisia pumila var. lanceolate untuk dikekalkan. Sepuluh kultur induk daripada tumbuhan ini dipilih secara rawak berdasarkan morfologi yang berbeza untuk disubkulturke atas media Murashige & Skoog dengan dua kali ganda kepekatan vitamin. Selepas tujuh bulan, hujung pucuk daripada tiga tumbuhan terpilih dirawat menggunakan 250mM mutagen etil metanasulfonat (EMS) dan dikultur semula di atas media baru selama 2 bulan. Bahagian Labisia pumila var. lanceolata yang selebihnya dieksktrak menggunakan metanol tulen. Hasil pengekstrakan digunakan untuk menentukan aktiviti antioksidan dengan menggunakan ujian memerangkap radikal bebas DPPH dan digunakan sebagai kawalan dalam kajian ini. Bacaan serapan yang diperoleh digunakan untuk menentukan nilai IC5o. Nilai aktiviti antioksidan yang tertinggi adalah daripada sampel L4 (39.73±3.83) diikuti dengan LS (39.86±3.53) dan L7 (42.14±2.43) dalam µg/ml. Setelah dua bulan, kultur hujung pucuk yang telah dirawat EMS diekstrak untuk ujian DPPH. Hasil nilai IC₅₀ yang diperoleh adalah L4 (31.51±4.16), L5 (41.94±2.73) dan L7 (52.50±5.18) dalam µg/ml. Hasil ini menunjukkan bahawa berlaku peningkatan pada aktiviti antioksidan bagi sampel L4 dan pengurangan bagi sampel LS dan L7. Walaupun hanya satu daripada tiga sampel yang dipilih menunjukkan peningkatan aktiviti antioksida, EMS mempunyai potensi dalam meningkatkan aktiviti antioksida Labisia pumila var. lanceolata.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Kacip Fatimah, antioxidant
Subjects: T Technology > TP Chemical technology
Department: FACULTY > Faculty of Science and Natural Resources
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 06 Oct 2016 15:28
Last Modified: 16 Dec 2020 15:08
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/14663

Actions (login required)

View Item View Item