Citra etnik Bajau di Sabah: pengaruh sistem kepercayaan dan agama dalam evolusi adat dan ritual kematian masyarakat Bajau

Halina Sendera Mohd. Yakin (2016) Citra etnik Bajau di Sabah: pengaruh sistem kepercayaan dan agama dalam evolusi adat dan ritual kematian masyarakat Bajau. AKADEMIKA UKM. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
Text
Citra_etnik_Bajau_di_Sabah.pdf

Download (189kB) | Preview

Abstract

Makalah ini diusahakan untuk melihat wajah atau citra etnik Bajau dengan memfokuskan kepada pengaruh sistem kepercayaan dan agama dalam evolusi adat dan ritual kematian Bajau. Konsep evolusi diaplikasikan kerana bentuk dan corak perubahan dalam adat dan ritual berkenaan dipersepsikan sebagai suatu proses yang berlaku secara beransur- ansur, yakni tidak bersifat drastik dalam horizon waktu yang singkat. Selain itu, perubahan yang dikesan juga tidak berjalan atau disambut secara serentak oleh warga Bajau di lokasi penelitian (Kampung Kota Belud, Kampung Sembirai, Kampung Timbang Dayang dan Kampung Liang Linau), yakni dalam bentuk yang tidak seragam sifatnya. Adat dan ritual kematian Bajau pula melibatkan proses-proses dan amalan-amalan yang berlaku sebelum, semasa dan selepas pengkebumian jenazah. Sementelah itu, pengaruh agama dimaksudkan sebagai sistem pemikiran dan kepercayaan yang mempengaruhi perilaku berbudaya masyarakat lewat masa dan situasi. Seiringan dengan objektif yang direncanakan, penelitian yang bersifat kualitatif ini menggunakan data etnografi yang bersifat thick description untuk mendeskripsikan dan menginterpretasikan evolusi yang berlaku dalam adat dan ritual kematian Bajau Kota Belud. Dalam pada itu, interpretasi dari kedua-dua sudut, yakni dari dimensi etik dan emik diaplikasikan untuk menjelaskan data yang diperolehi menerusi kaedah pengamatan turut serta dan temubual mendalam yang dilaksanakan di beberapa kampung dalam daerah Kota Belud, Sabah, Malaysia, khususnya Kampung Kota Belud, Kampung Liang Linau, Kampung Timbang Dayang dan Kampung Sembirai.

Item Type: Article
Keyword: Bajau , ethnic, Borneo, culture
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BJ Ethics
Department: FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage
Depositing User: MDM FAUZIAH MATSIN
Date Deposited: 31 Jan 2017 14:32
Last Modified: 25 Oct 2017 15:00
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/15459

Actions (login required)

View Item View Item