Sikap dan kebimbangan kimia dalam kalangan pelajar aliran sains: satu pendekatan pemodelan persamaan struktural (Sem)

Leong, Adeline Suk Yee and Lay, Yoon Fah (2014) Sikap dan kebimbangan kimia dalam kalangan pelajar aliran sains: satu pendekatan pemodelan persamaan struktural (Sem). Jurnal Pemikir Pendidikan, 5. pp. 99-117. ISSN 1985-3637

[img]
Preview
Text
Sikap_dan_kebimbangan_kimia_dalam_kalangan_pelajar_aliran_sains.pdf

Download (47kB) | Preview

Abstract

Kajian kuantitatif ini adalah untuk meninjau tahap kebimbangan dan sikap terhadap kimia pelajar aliran sains. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk menyiasat hubungan dan pengaruh kebimbangan kimia terhadap sikap pelajar. Responden kajian terdiri daripada 479 orang pelajar aliran sains yang mengambil mata pelajaran kimia dari sepuluh buah sekolah menengah di daerah Kudat, Sabah. Kaedah persampelan rawak bertujuan digunakan dalam kajian ini. Kajian ini berbentuk tinjauan-deskriptif yang menggunakan soal selidik. Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini, mengandungi 60 item berskala Likert 5 poin yang diadaptasi dari instrumen penyelidikan. Analisis deskriptif, korelasi Pearson, analisis regresi pelbagai stepwise dan Partial Least Square (PLS) digunakan untuk menganalisis data yang dikumpul. Dapatan deskriptif menunjukkan tahap kebimbangan kimia pelajar adalah sederhana dan majoritinya pelajar menunjukkan sikap terhadap kimia yang tinggi. Daripada hasil analisis, faktor kepentingan kimia dalam kehidupan dan gabungan keseluruhan faktor sikap terhadap kimia menunjukkan perbezaan yang signifikan dari aspek lokasi sekolah. Analisis korelasi menunjukkan wujudnya hubungan yang signifikan negatif antara faktor kebimbangan kimia dengan sikap terhadap kimia. Analisis regresi pelbagai stepwise menunjukkan faktor kebimbangan terhadap pembelajaran kimia menyumbang kepada sikap terhadap kimia. Keputusan analisis SEM (structural equation modeling) menunjukkan bahawa kebimbangan kimia memberi kesan secara negatif terhadap sikap terhadap kimia dengan menyumbang sebanyak 14%. Dari segi implikasinya kajian ini menunjukkan bahawa kebimbangan pelajar terhadap mata pelajaran kimia perlu dikikis bagi menunjukkan sikap yang positif dalam mempelajari kimia sekaligus meningkatkan pencapaian. Guru-guru perlu berusaha membentuk pengajaran yang inovatif bagi menarik minat pelajar dan membantu pembelajaran pelajar.

Item Type: Article
Keyword: attitude, science stream student, chemistry
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: Munira M
Date Deposited: 21 Feb 2017 15:18
Last Modified: 11 Oct 2017 10:40
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/15615

Actions (login required)

View Item View Item