Tazkiyah al-Nafs dalam Novel Pasir Lintang

Kamariah Kamarudin (2016) Tazkiyah al-Nafs dalam Novel Pasir Lintang. MANU: Jurnal Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB), 23. pp. 85-109. ISSN 1511-1989

[img]
Preview
Text
Tazkiyah_al.pdf

Download (46kB) | Preview
[img]
Preview
Text
Tazkiyah al-Nafs dalam Novel Pasir Lintang.pdf

Download (511kB) | Preview

Abstract

Salah satu aspek keagamaan yang dapat membentuk keperibadian Muslim adalah dengan membangunkan spiritual menerusi konsep tazkiyah al-Nafs. Proses pembangunan jiwa dengan penyucian diri ini penting dalam memainkan peranan membentuk perilaku seseorang dalam masyarakat. Hal ini juga berkait rapat dengan dua hubungan utama dalam galur kehidupan, iaitu hubungan manusia dengan manusia (habl min al-Nas), dan hubungan manusia dengan Pencipta (habl min Allah). Maka, dalam perkembangan persuratan Melayu keadaan ini dapat diteliti dalam novel Melayu tanah air. Didapati nilai-nilai murni ditampilkan pengarang dalam membentuk pembangunan jiwa menerusi watak dan perwatakan dalam karya. Justeru, makalah ini menyingkap tazkiyah al-Nafs dalam novel Pasir Lintang karya S. M. Noor yang menyorot pelbagai kisah manusia untuk menghindar sifat keji (mazmumah) bagi mencapai sifat terpuji (mahmudah) dalam pergaulan seharian. Kajian jelas memperlihatkan tazkiyah al-Nafs diutarakan pengarang menerusi empat maqamat dalam psikoterapi Islam, iaitu tawbah (taubat), sabr (sabar), raja’ (berharap) dan khawf (takut) sebagai perutusan yang berguna untuk pembaca dalam mengharungi cabaran kehidupan.

Item Type: Article
Keyword: Tazkiyah al-Nafs, novel Pasir Lintang, tawbah (taubat), sabr (sabar), raja’ (berharap) dan khawf (takut)
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Depositing User: Munira M
Date Deposited: 13 Feb 2017 12:40
Last Modified: 24 Nov 2020 11:12
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/15632

Actions (login required)

View Item View Item